JellyPages.com

Sunday, May 29, 2011

Umar Al-Khattab > Reformis Dunia Islam

'Pencetus zaman keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman.'


Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman.Beliau menusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam.Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerinta,seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam.Selain sebagai penakhluk,Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur.Dia pengasas sistem politik Islam,pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.

Dalam bidang keselamatan dalam negeri,beliau menubuhkan pasukan polis.Bagi mengukuhkan sistem pertahanan,beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut.Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam.Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan  mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat.Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap.Walaupun berada di tampuk kekuasaan,pencetus keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.

Wednesday, May 25, 2011

Salam Sayang di Pagi Hari ^_^

Assalamualaikum sahabat-sahabat Nujma sekalian.Alhamdulillah ketemu lagi kita di hari bahagia ini.Rasanya Nujma lama tak post kat entri ni kan? Nujma harap sahabat-sahabat Nujma dalam sihat walafiat ya.Nujma tak ada apa lah nak post.Alhamdulillah hari ini Nujma sihat sangat-sangat dan baru je melepaskan rasa rindu pada Pencipta. ^_^ 


Nujma cuma nak berfikir dan merenung kisah-kisah lama Nujma.Muhasabah diri kita ni supaya kita berfikir dan boleh berubah ke arah yang lebih baik lagi.Insya-Allah =) Jangan menyangka diri kita ni dah penuh ilmu di dada,dah pandai bijaksana.Tetapi kita belajar dari pengalaman dan sentiasa bertanya bila kita tak faham atau tak ngerti.Jangan jadi bodoh sombong,itulah perkataan yang lembut kut bagi saya.Allah menghitung amalan kita setiap hari bukan pada paras rupa,harta,pangkat,kekayaan dan seumpamanya.Renung-renungkan ya sahabat-sahabat Nujma yang disayangi.


Cukup setakat tu Nujma beri nasihat ya.Sekarang Nujma nak cerita la sikit selepas Nujma habis SPM ni.Nujma duduk rumah ja,tolong mama.Biasalah jadi 'bibik' sementara walaupun tak suka perkataan tu.hahahaha.=D Tapi mama dan papa Nujma bagi upah tau,RM50 sebulan.Alhamdulillah,Nujma syukur sangat-sangat kerna diberi perhatian lagi.Thank You Allah ~ ya la,berbaloi la kan,memasak,lipat pakaian,ngemas rumah dan lain2..Dan lagi satu upah ngajar adik2..hikhik..suka2 =) Mengajar adik2 belajar,ya la kena lah sokong kan.. Ada adik2 yang mahu ambil UPSR,PMR & SPM . Semuanya periksa besar2..Hishh..Zaman saya dah berlalu.huu~


Semoga berjaya ya pada adik-adik kakak
AMIRUL AHMAD SYAFIQ
AHMAD MUNAWIR HAMDI
UMAIRA SAFIA

Kakak doakan yang terbaik.Insya-Allah ^_^ Jaga akhlak,jaga perasaan mama dan papa tau.hee~ Insya-Allah berjaya dunia dan akhirat. Aminnn =) 

Dan lagi satu,Insya-Allah kakak akan dapat belajar ke universiti kerajaan.hee~ Insya-Allah la ya . Tunjuk contoh pada adik-adik kakak. hee~ 

Insya-Allah bertemu lagi ya sahabat-sahabat ku.Maaf jika ada terlanjur bicara dan bermadah pujangga,itu semua adalah dari kesilapan saya dan yang baik  datangnya dari ALLAH. ^_^ 

Kita minum dulu..ZzzZzZassss !

Thursday, May 19, 2011

Citra Cinta dan Pengorbanan














Mekah al-Mukaramah kota suci,
Tempat umat Islam mengerjakan haji,
Siti Hajar nama diberi,
Melakar sejarah ikon srikandi.


Bumi Babylon tempat bersejarah,
Raja Namrud ketua pemerintah,
Azar pengukir berhala disembah,
Lahir Ibrahim sebagai anugerah.


Raja Namrud menjadi gelisah,
Sumbangannya selama ini tidak diendahkan,
Patung berhala buatan Azar banyak ditempah,
Ibrahim melihat lalu resah dan gundah.


Misi Ibrahim menyedarkan kaumnya,
Bapa berhala dijadikan saksinya,
Namrud melihat menjadi murka,
Ibrahim dibakar masih bernyawa.


Kota Haran destinasi pertama,
Ibrahim berdakwah pada rakyat jelata,
Terpikat Sarah kebenaran bicaranya,
Mengakui keagungan Tuhan yang esa.


Pasangan pengantin berjanji setia,
Sarah dan Ibrahim melayari bahtera cinta,
Dugaan di Haran mencabar misi dakwahnya,
Ibrahim tabah tidak berputus asa.


Ibrahim ditemani Sarah nan setia,
Berhijrah ke Kanaan mendiami Beersheba,
Penduduk melihatnya berukat mata,
Berhijrah ke Mesir menetap di sana.


Negeri Mesir diperintah Firaun,
Negerinya indah,kaya dan makmur,
Kecantikan Sarah menggelorakan Firaun,
Berkat doa hasrat Firaun hancur.


Ibrahim berdakwah di bumi Mesir,
Ujian melanda berpindah ke Palestin,
Hajar al-Qibthi wanita Mesir,
Dibawa bersama hidup di Palestin.


Bumi Palestin bumi dipijak,
Pelbagai adat yang diajar,
Sarah teringin mendapat anak,
Rela bermadu dengan Hajar.


Ibrahim gembira mendapat cahaya mata,
Hajar melahirkan seorang putera,
Sarah cemburu melihat madunya,
Hajar dipisahkan jauh dari hidupnya.


Sarah tetap dengan keputusannya,
Hajar akur mengikut suaminya,
Ditinggalkan di lembah tandus tiada penghuninya,
Hajar reda atas perintah yang maha esa.


Hajar berdua bersama puteranya,
Di lembah yang tandus tiada sesiapa,
Lapar dan dahaga semakin terasa,
Minuman dan makanan tiada tersisa.


Sinaran cahaya mentari menyinar,
Lembah Bakkah kembali bersinar,
Percikan barrah tidak henti memancar,
Rahmat Allah kepada Hajar.


Ibrahim bermimpi menyembelih anak,
Hatinya resah bukan kepalang,
Itu simbolik korban yang dikehendak,
Oleh Tuhan yang maha penyayang.

Tuesday, May 10, 2011

Puisi Srikandi Siti Hajar

Ketahuilah...,
Kita adalah insan,
Hamba ynag perlukan petunjuk,
Insan yang kekurangan,
Mencari reda dan rahmat Tuhan yang Esa.


Sesungguhnya,
Setiap percaturan kehidupan,
Ada hikmah di sebalik kejadian,
Meskipun tidak terjangkau akal fikiran,
Di situ ada kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.

Perintah Tuhan,Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang.

Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah,

Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa dilakukan,
Itulah sai dikerjakan insan.

Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Illahi,
Kerana Tuhan adalah...
Yang maha benar dan hakiki.