JellyPages.com

Thursday, April 21, 2011

Ciri-ciri Seorang Sahabat

  • Menjaga hubungannya dengan Allah
                      Tidak mengabaikan solat,puasa,mengaji al-Quran,rajin ke masjid dan sebagainya.Bukan tujuan menunjuk-nunjuk,tetapi dibiasakan sebagai amalan.Merasakan Allah s.w.t ada melihat dan mengawasi.Sekiranya kita hampir atau melakukan kesalahan,mereka berusaha mencegah dan menasihati.



  • Menjaga hubungan dengan manusia
                      Menjaga tutur kata,tidak suka merapu,lebih suka bercakap perkara yang berfaedah,sentiasa bercakap benar,menepati bila berjanji,hormat kepada orang lebih tua,bersama-sama ingat-mengingati tentang pelajaran,merancang aktiviti yang sihat dan sebagainya.



  • Menjaga agama dan kehormatan diri
                     Memiliki rasa malu untuk berperangai tidak senonoh,tidak bersikap gedik atau menonjol diri,sebaliknya menjaga aurat dan menjaga diri daripada pergaulan bebas.Pendek kata,pandai menjaga maruah diri dan keluarga.



  • Taat kepada ibu bapa
                        Sentiasa taat,hormat dan mendengar kata ibu bapanya.Tidak sekali-kali melawan cakap ibu bapa,di mana mereka tahu akan dosa anak ynag derhaka.Di samping itu menghormati mereka yang lebih tua,seperti abang atau kakak dan mengasihi mereka yang muda yakni adik-adiknya.



  • Bercita-cita tinggi
                           Selain rajin beribadah,mereka juga rajin belajar dan mencintai ilmu pengetahuan.Ilmu-ilmu yang baik itu pula dikongsi bersama kawan-kawan,dalam mencapai masa depan yang cemerlang.



  • Bijak mengurus masa
                            Kawan-kawan yang baik ialah mereka yang tidak suka membuang masa.Masa lapang diisi dengan aktiviti berfaedah.Masa terluang diisi dengan membantu emak dan ayah di rumah.



  • Tidak mementingkan diri sendiri
                             Mereka yang menjaga hak dan keperluan kawannya,dan tidak hanya mementingkan dirinya sendiri.Jika ada lebih,sama-sama bertanggungjawab dan jika ada yang bermasalah sama-sama menolong meringankan beban kawan.




Monday, April 18, 2011

Vaksin Putus Cinta








Kalau pasangan kita senang saja nak memutuskan hubungan,itu tandanya dia sememangnya bukan pasangan yang sesuai bagi kita.Akalnya juga mungkin singkat.Bergaduh mengenai hal yang remeh temeh,terus mengambil keputusan memutuskan hubungan,itukan akal pendek!


Sedihnya apabila putus cinta.Kita faham cinta sememangnya rencah kehidupan remaja.Tetapi,bagaimana hendak menghadapi putus cinta?


Hello,bukankah ramai lagi orang yang menyayangi diri kita?Orang dulu-dulu pun selalu cakap,bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.Apa yang dapat kita lakukan?


PERTAMA : Fikir positif.Jangan sampai emosi menguasai diri.Belajar tetap belajar.Kita juga ada tanggungjawab lain yang lebih penting daripada bekas kekasih.Adakah masa depan kita terletak di tangan kekasih kita?Jangan jadi bodoh kerana cinta.Buka mata dan minda.


KEDUA : Apa yang berlalu,biarlah berlalu.Mungkin jodoh kita bukan dengannya.Kita perlu lebih melangkah ke hadapan.Apa gunanya mengundur ke belakang?


KETIGA : Jangan menyendiri.Duduk termenung berseorangan selalu menjadikan kita berfikir yang bukan-bukan.Bahkan ia selalu mengundang kesedihan dan kemurungan.Bukankah lebih baik kita mendampingi kawan-kawan,ibu bapa ataupun adik-adik yang dapat menghiburkan hati kita.Jangan salah sangka,berteman tidak semestinya berpasangan.Orang lain pun dapat menghiburkan hati kita asalkan kita bersikap terbuka.


KEEMPAT : Teruskan persahabatan.Bak kata orang,bercinta tidak semestinya memiliki.Kita mungkin belum berkemampuan memiliki seseorang.Mungkin itu sebabnya cinta kita selalu gagal.Tidak salah sekiranya kita sayangkan perhubungan,lantas kita membina persahabatan yang tidak mengongkong.Ini adalah cara yang lebih baik.


KELIMA : Jangan tutup pintu hati.Ungkapan, "Aku takkan mencintai lelaki", ataupun  "Aku sudah berputus asa dengan wanita", dan "Semuanya sama!" adalah ungkapan yang hanya dipengaruhi emosi,bukan akal fikiran.Jangan lupa masih banyak   
pintu yang masih terbuka.Adalah merugikan sekiranya kita menunggu di pintu yang tertutup sedangkan di sebelahnya masih banyak lagi yang terbuka buat kita.


KEENAM : Bersihkan hati.Penyakit-penyakit hati seperti dendam,sedih dan dengki perlu dibuang kerana ia merosakkan diri.Tiada untungnya berdendam dan dengki.Bekas pasangan kita tidak merasa apa-apa pun.Sekiranya kita bersedih tetapi dia masih mampu ketawa,itu bermakna kita hanya diperbodoh-bodohkan.Sekiranya gejala-gejala ini wujud,ia datangnya daripada diri kita sendiri.Maka diri sendiri juga yang sepatutnya dapat menghilangkannya.


KETUJUH : Ubah penampilan diri.Ubah kepada 'style' yang baru supaya dapat merasakan kita sudah memulakan hidup baru yang lebih baik dan bijak berbanding sebelumnya.Ubahlah 'stail' rambut,berpakaian ala tradisional ataupun sebagainya.Ia pastinya unik dan melegakan diri kita.Putus cinta bukan permulaan bagi kita berubah daripada keadaan yang baik sewaktu bercinta kepada keadaan yang lebih buruk selepas itu.Mengapa kita mahu kelihatan smart ataupun cantik sewaktu bercinta sahaja?Sedangkan ia adalah identiti diri walau apa jua keadaan kita.


KELAPAN : Sayang diri sendiri.Jangan abaikan kesihatan diri.Penampilan diri sepatutnya labih baik kerana ia membangkitkan semangat semula.Sekiranya kita merasakan cinta itu menghancurkan banyak harapan dan komitmen yang pernah kita korbankan,anggaplah hidup kini ibarat tunas yang baru tumbuh daripada sebatang pohon yang tumbang.Tidak perlu hendak merosakkan,menyeksa diri dan merana kerana cinta yang tidak kesampaian.Perjalanan hidup kita masih jauh.Usah sia-siakan hidup semata-mata hanya kerana putus cinta.


TERIMA KASIH


Sunday, April 17, 2011

Dulu budak lagi,Sekarang dah lain!

Assalamualaikum...Rasanya lama sudah saya tak post kat blog ni ya..Maaf atas sebab-sebab tertentu ya.. =) Saya rindu kalian dan sayang yang sudi dan setia menziarahi blog saya.. Sekarang , jom kita baca ungkapan 'dahulu' dan 'sekarang'.


Ungkapan 'dahulu' akan kita labelkan bagi zaman kanak-kanak dan ungkapan 'sekarang' kita labelkan pula bagi zaman remaja yang sedang kita alami.Mari kita bandingkan bersama-sama!




DAHULU : Tubuh badan kita kecil molek.Kelihatan comel apabila berlari-lari,bermain dan terlompat-lompat riang.Orang-orang di sekeliling bertepuk tangan melihat kita menari-nari dan bermain di hadapan mereka.


SEKARANG : Kita sudah meningkat remaja.Tubuh badan semakin membesar.Jika hendak bermain-main dan terlompat-lompat,cuba lihat dahulu bagaimana rupanya bertingkah laku sedemikian di hadapan cermin.Silap-silap,orang tidak sanggup tengok!Oleh itu,apabila sudah meningkat remaja,tingkah laku kita juga perlu semakin dewasa.Gerak geri perlu bersesuaian dengan rupa dan tubuh badan kita yang semakin membesar dan matang.


DAHULU : Tubuh badan kita rata.Belum tumbuh anggota-anggota yang menonjol.Kemaluan dan anggota seksual kita juga masih bersaiz kecil dan belum ditumbuhi apa-apa.Bau kita pun wangi kerana peluh kita masih belum berbau.


SEKARANG : Bentuk tubuh berubah.Anggota yang dahulu tidak kelihatan,kini semakin menonjol.Itu tandanya,kita perlu  lebih berhati-hati memilih pakaian supaya menutup aurat.Jangan sampai jadi santapan enak pandangan mata orang lain.Bau badan kita juga mula timbul apabila berpeluh.Kebersihan juga perlu lebih dijaga.Jangan sampai kawan-kawan sendiri pun tidak sanggup mendekati kerana bau 'paing' ataupun berpenampilan 'selekeh'.


DAHULU : Fikiran belum matang.Apa yang dimahukan,kita wajibkan supaya ia dipenuhi.Setiap tindakanlebih cenderung bagi memenuhi kehendak emosi dan nafsu.Apabila tidak dapat,kita mudah menghentak-hentak kaki dan menangis.


SEKARANG : Masih menangis dan hentak-hentak kaki lagi?Kini cara berfikir kita mula berubah.Berfikir perlu lebih cenderung mengikut pertimbangan akal.Bukan menurut emosi dan perasaan.Setiap percakapan dan tindakan perlu difikirkan terlebih dahulu.Fikir sebelum cakap,fikir sebelum buat!


DAHULU : Pakai pakaian apa pun cantik dan comel.Aktiviti kita lasak sampaikan ibu bapa pakaikan kepada kita seluar pendek dan sebagainya.Orang pun tidak ambil kisah sangat dengan pakaian kita.Maklumlah,kanak-kanak!


SEKARANG : Bagi wanita,tubuh badan menjadi semakin cantik.Bagi lelaki pula,tubuh berubah semakin tegap.Oleh itu,kita perlukan pakaian yang kemas.Berpakaian pun perlu mengikut kesesuaian keadaan.Apabila ke masjid,pakailah songkok.Sekiranya ke majlis orang,hormatilah etika berpakaian.Apabila bersukan,pakailah baju sukan.Begitu juga dengan situasi-situasi lain.Anda perlu mula belajar mengenai etika ataupun kod berpakaian.


DAHULU : Hidup bergantung.Semua perlu minta izin dengan orang yang lebih tua.Apabila hendak ke mana-mana,perlu ikut ibu bapa.Kita pun selesa dengan keadaan sebegitu kerana inginkan penjagaan dan keselamatan.


SEKARANG : Hidup lebih berdikari.Meminta izin masih perlu dikekalkan kerana kita masih di bawah tanggungan penjaga.Perlu mula belajar bergerak sendiri.Tetapi sesekali perlu luangkan masa juga bersam keluarga.Kita juga perlu bijak menjaga keselamatan diri.Barulah kita diiktiraf dan dipercayai ibu bapa sebagai remaja yang 'sudah pandai jaga diri'.


DAHULU : Dosa orang lain tanggung.Masih belum 'akil baligh'.Tingkah laku kita dibentuk oleh ibu bapa.Sekiranya kita tersalah tindakan,orang menuding ibu bapa dan mengatakan kita diajar sebegitu.


SEKARANG : Dosa tanggung sendiri.Sudah berakal bagi membuat pertimbangan.Kita sudah dapat membezakan antara baik dengan yang buruk.Ungkapan 'bukan salah ibu mengandung' sudah tidak boleh digunakan kepada diri kita.Ibu bapa tidak lagi dianggap sebagai punca apabila kita melakukan kesalahan.Apabila kita tersalah tindakan,orang menuding terus kepada diri kita sendiri dan kesalahan itu adalah tanggungjawab kita. 



Wednesday, April 6, 2011

BERTAFAKUR SEJENAK

Assalamualaikum kalian semua.. Saya harap kalian dalam keadaan baik dan sihat sejahtera .. Sekarang saya nak sambung post saya yang hari tu ... Mungkin pada pandangan saya ia adalah kesimpulan dari tajuk CIRI-CIRI PAKAIAN MUSLIMAH .. iNSYA-aLLAH sedikit sebanyak ilmu saya kongsikan .. =)


Perbahasan kita sejauh ini memperjelas kepada kita bahawa sangat mendalam hikmah di sebalik kewajiban dari ALLAH dan Rasul-Nya kepada kita mengenai hijab.Dan demikian juga setiap aspek tentang hijab telah dihuraikan secara terperinci.Dan apa yang seharusnya dilakukan adalah mematuhi dan melaksanakan perintah ini dengan penuh keikhlasan.


Sebagai seorang muslim,hendaklah kita sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kita telah menyempurnakan tuntutan al-Quran yang menjadi panduan hidup kita,dan sejauh mana kerisauan dan kepedulian kita terhadap perintah-perintah yang terkandung di dalamnya?Sebagaimana dalam ayat al-Quran berikut ini di mana Rasulullah s.a.w berkata kepada Allah tentang umatnya :

tA$s%ur ãAqߧ9$# Éb>t»tƒ ¨bÎ) ÍGöqs% (#räsƒªB$# #x»yd tb#uäöà)ø9$# #YqàfôgtB ÇÌÉÈ
  Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan". (al-Furqan ayat 30 )

Kita beriman kepada Allah dan juga yakin bahawa pada hari Kiamat kita semua akan dihadapkan kepada Allah s.w.t dan kita harus mempertanggungjawabkan semua amal perbuatan kita.Bagaimana keadaan kita jika berhadapan dengan-Nya dan Dia bertanya kepada kita, "Aku telah menjelaskan kepadamu segala adab bagaimana menjalankan kehidupan dan Aku telah membezakan dengan jelas mana yang halal dan mana yang haram.Maka betapa banyakkah perbuatanmu,fikiranmu dan amal perbuatanmu yang mencerminkan rasa takut kepada-Ku?"


Pada hari Kiamat kita juga akan berhadapan dengan Rasulullah s.a.w.Panas matahari yang begitu dekat dengan kita,suatu hari yang tak terbayang kedahsyatannya serta rasa dahaga yang tidak tertahan.Nabi akan membawa kita ke telinga Kauthar untuk minum.Tetapi pernahkah kita berfikir bagaimana jika Baginda melihat keadaan kita?Kita yang menghabiskan seluruh kehidupan kita   
dengan tidak mempedulikan ajarannya dan tidak mahu mengikuti jejak langkahnya dalam menjalani kehidupan,bagaimana kita akan meminta Nabi s.a.w untuk memberi minuman dengan tangan Baginda yang suci dan berkah?Bagaimana kita akan mengharapkan syafaat Baginda s.a.w jika kita sendiri berlumuran dengan dosa?Sudahkah kita mengikuti ajaran Baginda dalam kehidupan kita dalam hal penampilan,cara berpakaian,atau dalam segala aspek kehidupan kita?


Perintah hijab merupakan sesuatu yang sangat penting.Dan sesuatu hal yang tak diragukan lagi,bahawa apabila seseorang berjaya melaksanakan perintah ini,maka ia tidak akan banyak mengalami kesulitan dalam mentaati perintah-perintah Allah lainnya.

Ini adalah salah satu ubat yang sangat pahit untuk ditelan dalam hal ketaatan,tetapi paling bermanfaat yang dapat menjadikan seorang muslim lebih pantas dan lebih mendekat kepada Allah s.w.t .

Pada hari ini,ukuran kesolehan kita terbatas pada bacaan doa yang panjang berjela,tasbih,sembahyang sunat,membaca buku,berpuasa apabila memungkinkan,mengeluarkan zakat dan sedekah serta melaksanakan perintah-perintah  Allah yang tidak bertentangan dengan hawa nafsu kita.Kita rela melalaikan dan mengesampingkan semua perintah dan larangan yang merendahkan cara hidup,nafsu dan keinginan kita.Kita mengaku beriman kepada Allah tetapi tidak berhenti mengingkari-Nya,bahkan walaupun perintah-perintah itu wajib ke atas diri kita untuk menahan diri dari semua yang diharamkan Allah.Asas ketakwaan dibina dengan memohon ampun kepada Allah atas segala ketidaktaatan kita dan pembangkangan kita kepada-Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Takutlah dari melakukan yang diharamkan,maka engkau akan menjadi sebaik-baik hamba Allah."

Dosa kerana menolak memakai hijab lebih dahsyat daripada dosa-dosa lainnya,dan keadaan yang kritikal ini harus segera dihentikan dan berazam untuk tidak mengulanginya.Beberapa alasan dikemukakan sebagai berikut:

Pertama,menanggalkan hijab merupakan suatu dosa yang dilakukan secara terbuka kerana semua orang melihatnya.Seseorang yang melakukan dosa ini walaupun tidak mengucapkan sepatah kata pun,ia secara terbuka menyatakan kepada setiap orang di sekitarnya bahawa ia tidak peduli kepada perintah-perintah Allah,dan ia memberontak menentang Allah.Nabi s.a.w bersabda :

"Semua umatku berhak mendapat keampunan kecuali mereka yang melakukan dosa besar secara terbuka."


Kebenaran ini tidak hanya bagi agama,bahkan di bawah undang-undang kerajaan mana pun di duni ini,mereka yang melakukan pengkhianatan secara terang-terangan kepada pemerintahnya,tidak akan diampuni.Maka apakah hukuman lain bagi seorang pengkhianat kecuali mati?

Kedua,akibat dari dosa yang disebabkan tidak memakai hijab tidak terbatas hanya kepada pelakunya saja (kerana mendorong dan menyebarkan benih-benih kejahatan dan tingkah laku yang memalukan ) , tetapi juga akan berakibat kepada masyarakat luas yang akan tertimpa azab Allah di dunia dan di akhirat.Biasanya dosa seperti itu akan membuka jalan bagi segala macam kerosakan dan kemaksiatan.

Wanita-wanita yang tidak menjaga hijab,maka tanyakanlah kepada mereka mengapa mereka berkelakuan seperti itu.Apakah kerana kesenangan yang sementara dan untuk memenuhi kesenangan yang sementara itu membuat mereka rela melepaskan hijab?Sebaiknya mereka menyedari bahawa kehidupan di dunia sangatlah singkat,sedangkan kehidupan akhirat kekal abadi.Mereka juga mesti menyedari bahawa dengan tidak memakai hijab sebenarnya mereka menganiaya diri mereka sendiri di dunia dan melaknat diri mereka di akhirat serta menjerumuskan ke dalam api neraka.Apakah Allah akan mengampuni kita jika kita mengatakan bahawa tidak mengikuti perintah-perintahnya kerana kita takut tidak menyenangkan keluarga dan sahabat-sahabat kita?Sekalipun demikian,hukum Allah mutlak dan sesungguhnya tidak akan berubah.

"Tidak boleh mentaati makhluk apabila menyuruh maksiat kepada Khaliq (Allah)."

Oleh kerana itu,jika seseorang menghendaki kita untuk  mengingkari Allah,maka haram bagi kita untuk mengikutinya.Kita harus menolak permintaanya.Kita harus berfikir apakah orang yang beruasaha kita senangkan dengan menderhakai Allah,bersedia menerima atau menanggung azab di tempat kita pada hari Kiamat?Allah s.w.t dengan jelas menerangkannya di dalam al-Quran :



øŒÎ) r&§t7s? tûïÏ%©!$# (#qãèÎ7?$# z`ÏB šúïÏ%©!$# (#qãèt7¨?$# (#ãrr&uur z>#xyèø9$# ôMyè©Üs)s?ur ãNÎgÎ/ Ü>$t7óF{$# ÇÊÏÏÈ tA$s%ur tûïÏ%©!$# (#qãèt7¨?$# öqs9 žcr& $oYs9 Zo§x. r&§t6oKoYsù öNåk÷]ÏB $yJx. (#râ䧍t7s? $¨ZÏB 3 y7Ï9ºxx. ÞOÎgƒÌãƒ ª!$# öNßgn=»yJôãr& BNºuŽy£ym öNÍköŽn=tæ ( $tBur Nèd tûüÅ_̍»yÎ/ z`ÏB Í$¨Y9$# ÇÊÏÐÈ
 (yaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali.
 Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti: "Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami." Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka. (Al-Baqarah ayat 166-167 )

Perhatikanlah ayat ini,dan menjadi terang bahawa pada hari Kiamat,orang-orang yang tidak mempedulikan perintah-perintah Allah dan derhaka kepada-Nya,kerana mengikuti dan menyenangkan selain Dia,akan menjadi musuh atau semua hubungan antara mereka akan terputus.Pada hari itu,anak-anak akan menyalahkan  orang tua mereka kerana menghalangi mereka dari mentaati Allah dan melarang mmemakai hijab,sedangkan orang tua mereka menolak bertanggungjawab.Kedua ibu bapa mereka hanya meminta agar tidak terlalu taat,tetapi tidak memaksa.Betapa putus asa dan tidak berdayanya mereka yang menderhakai Allah untuk menyenangkan orang-orang di sekitarnya.Alangkah menyesal dan menyedihkannya ketika mereka mengetahui bahawa orang-orang yang berusaha mereka senangkan,ternyata tidak bertanggungjawab atas setiap perbuatan dosa mereka.Pada hari Kiamat,orang yang telah menyesatkannya (termasuk syaitan) akan berkata :

tA$s%ur ß`»sÜø¤±9$# $£Js9 zÓÅÓè% ãøBF{$# žcÎ) ©!$# öNà2ytãur yôãur Èd,ptø:$# ö/ä3?tãurur öNà6çFøÿn=÷zr'sù ( $tBur tb%x. uÍ< Nä3øn=tæ `ÏiB ?`»sÜù=ß HwÎ) br& ÷Lälè?öqtãyŠ óOçGö6yftGó$$sù Í< ( Ÿxsù ÎTqãBqè=s? (#þqãBqä9ur Nà6|¡àÿRr& ( !$¨B O$tRr& öNà6ÅzÎŽóÇßJÎ/ !$tBur OçFRr&  ÅÎŽóÇßJÎ/ ( ÎoTÎ) ßNöxÿŸ2 !$yJÎ/ ÈbqßJçGò2uŽõ°r& `ÏB ã@ö7s% 3 ¨bÎ) šúüÏJÎ=»©à9$# öNßgs9 ë>#xtã ÒOŠÏ9r& ÇËËÈ
 Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) Telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah Telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun Telah menjanjikan kepadamu tetapi Aku menyalahinya. sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) Aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca Aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya Aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan Aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. ( Surah Ibrahim ayat 22 )

Demikianlah kita mengetahui bahawa pada hari itu tiada seorang pun yang datang sebagai penolong bagi orang lain,dan setiap manusia akan dibiarkan sendiri untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya.Bahkan syaitan akan berkata kepada orang-orang yang mengikutinya,"Sebenarnya aku tidak mempunyai kekuasaan terhadapmu.Segala yang kuperbuat hanyalah untuk mengujimu dan aku hanya sekadar  menyampaikan kepadamu,akan tetapi kamu memilih untuk mengikutiku dan melakukan dosa atas kehendakmu sendiri.Sebaliknya,aku muak denganmu kerana mempersekutukan aku dengan Allah dan lebih mentaatiku daripada Allah.Kamu telah bersama-sama denganku dalm kehidupan dunia dan sekarang kamu juga bersama-sama denganku.Kita akan pergi ke neraka dan kekal selama-lamanya di sana ."

Untuk itu,mari kita sama-sama bertafakkur.Adakah maksud dan tujuan hidup kita ini adalah untuk menggapai keredaan Allah atau mengikuti keinginan sebahagian kecil kaum kerabat kita?Demi Allah,mereka yang memutuskan hubungan dunia mereka semata-mata kerana Allah akan mendapat kenikmatan (syurga) di dunia dan akhirat nanti akan memperoleh kejayaan sejati.Seseorang yang berpaling dari manusia dan memutuskan hubungan dengan mereka semata-mata kerana mencarin keredaan Allah serta untuk menghindarkan diri dari azab yang kekal,bererti ia telah mencapai kejayaan yang hakiki.Ia akan diberi ganjaran berupa kesenangan yang jika dibandingkan dengan seluruh kesenangan di dunia,maka tidak akan tertandingi.Seorang penyair berkata :

Engkau tidak peduli apabila seluruh dunia marah padamu.
Selama kekasihmu reda padamu.
Peganglah ini dalam pemikiranmu seperti yang engkau putuskan.
Apa yang mesti kau perbuat dan apa yang mesti,tidak kau perbuat.



 Marilah kita berdoa kepada Allah,semoga kita dianugerahi kekuatan dan keghairahan,dan semoga kita diberkahi dengan kesempurnaan iman dan keyakinan yang teguh.Dan berpedoman kepada al-Quran,serta kemampuan untuk mentaati segala perintah-Nya.Semoga selawat serta salam tercurah ke atas kekasih Allah,Nabi Muhammad sebaik-baik ciptaan,dan ke atas keluarga serta sahabatnya.