JellyPages.com

Friday, November 18, 2011

Satukan hatiku dengan hatinya


Memang ! Memang aku mengimpikan seorang lelaki yang soleh seperti ini tapi masih adakah lagi? Namun aku hanya mengimpikan sahaja.Allah lebih mengetahui segala-galanya.


"Kita hanya merancang,tetapi jauh di atas sana Dia telah mengatur yang terbaik untuk hamba-hambaNYa"

Aku suka sangat tengok kaum Adam berpakaian seperti itu.Berjubah,berserban semuanya serba putih bersih je.hee~ warna lain pun suka juga.Tapi,putih menjadi pilihan hati :)

Memang tak dinafikan kaum Hawa di luar sana mengimpikan lelaki soleh seperti itu.Tetapi ada juga yang suka lelaki berambut pacak kan,ala-ala ranggi? Trend terkini la katakan,tapi memang tak dapat aku bohong.Aku memang tak suka!! Maaf kepada lelaki2 di luar sana ya .. ^_^

hee~ DAN aku suka sangat lirik lagu yang satu ni PERMATA YANG DICARI-DEHEARTY

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Ya Allah ! Memang sangat-sangat menghayatinya.Tapi apakah jodoh aku sudah sampai?Emm...

Tapi takpa,aku akan tunggu bila dah sampai masanya.InsyaAllah... :)  


Haa,tu jodoh aku dengan bakal anak.Opss~ Walaupun hanya gambar 'cartoon' je,tapi bermakna tau.hihi :)

Ya Allah ! Comel la gambar ni.Suka tengok,selalu =) Kanak-kanak tu pun comel,lawa..Emm,hanya menunggu ~

Wahai,jodohku ! Di manakah jodohku ya Allah..Aku tahu Kau telah tetapkan yang terbaik untukku ya Allah ...Sesungguhnya aku hanya ingin menggapai redhaMu,cintaMU dan syurgaMu ya Allah... Amin... 


Puisi untukmu wahai kaum Adam :)

Ya Allah Ya Tuhanku…
Berkatilah hidupku dunia dan akhirat…Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang… ? ? ?


Wahai kaum adam…
Kerana apa kau mencuri hati kaum hawa??
Kerana apa kau menyintai kaum hawa..??
Kerana apa kau menyayangi kaum hawa…??
Kerana apa kau menyunting kaum hawa…??


Wahai kaum adam…
Adakah kerana kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah kerana kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah kerana kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah kerana kau ingin menyeksa jiwa raganya…??


Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???


Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??


Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…


Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…


Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya kerana Allah…kerana Dia…pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…



p/s : Ya Allah! Jika aku jatuh cinta,janganlah cintaku melebihi cintaku untukMu.Jika aku rindu,janganlah kiranya rinduku melebihi kepada kekasihMu Rasulullah.Jika aku punya rasa kasih dan sayang pada jodohku nanti ya Allah,janganlah rasa kasih dan sayang aku melebihi pada kedua ibu dan bapaku.Amin Ya Allah !







Monday, November 14, 2011

Hati Itu Milik Allah,kepadaNya aku berserah

HATI... Ada apa dengan hati? Hatiku tak dapat ku luahkan di sini kerana tiada siapa dapat memahaminya hanya Allah yang tahu betapa hati ni  rindu pada dia.Ya Allah! Berilah hamba kekuatan dan ketabahan pada jiwa ini Ya Allah... Untuk sentiasa bersamaMu dalam redhaMu.Janganlah Kau lebihkan rinduku ni pada makhluk ciptaanMu melebihi rinduku pada KekasihMu.Ampunilah hamba kerana telah lalai dan alpa dengan nikmat kurniaanMu ya Allah! 




Maafkan hamba ya Allah! :)




p/s : SELAMAT BERMUHASABAH DIRI WAHAI SAHABAT-SAHABATKU  :) 

Friday, November 11, 2011

::Kisah di KMPh::

Assalamualaikum w.b.t  :)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk saya mencurahkan idea saya di sini.Dan alhamdulillah saya sudah menamatkan pengajian saya semester 1 di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).Dan setakat ini keadaan saya di KMPh sangat baik,saya bersyukur sangat kerna ada sahabat2 roommate saya yang begitu baik,sporting,co0l terutama yang non-muslim..Kami sangat akrab seperti keluarga :) dan saya sangat la sayang kat mereka tu
saya,Ummi & Wen
Inilah geng C2.T3.11... (^_^) Ingat lagi bila 1st time jumpa dengan korang semua.Malu2 kucing tau,walaupun kita 2nd intake tak bermakna kita ni tak pandai kan? Sebenarnya kita pandai,saja je buat2 tak pandai..kan..kan..kan.. :) hee~ 

And 1st saya masuk sini (KMPh) tersangat la stress a.k.a tension .. Memang tak dapat dinafikan,Hanya Allah je yang tahu betapa hati ni jiwa dan perasaan saya ketika itu sangat la stress dengan pembelajran di situ.Sangat sangat sangaaaaaaaaaaaaaat la express.............zzZZzzzzooooooommmmmmmmmmmm,dah masuk chapter baru. MasyaAllah !! Nak nak lagi sampai tak siap assingment yang pensyarah bagi,apalagi esoknya kena marah la..Dari situ,saya dah terfikir nak keluar dari Matrik tu..Sangat tension,tekanan tau ;) Pensyarah marah sangat sangat sampai ayatnya keluar macam ni "Korang ingat budak 2nd intake diberi kelonggaran ke?Ingat pandai sangat dah? " Lebih kurang macam tu la. ngee~ Actually,saya masuk situ dapat kelas yang cool mula2nya .. Kelas akak2 dan abang2..Memang sporting la,erat dengan pensyarah2 di situ.. and tiba2 je dapat tahu,saya kena la tukar ke kelas lain kan?Kelas cool juga,Ya Allah! terima kasih kerna Kau memberi aku kebahagiaan dengan kawan2 aku di Matrik ni ya Allah.. ::) (appreciate sgt)

~1M2S5~
Yeahhh! Kalian memang yang terbaik..Alhamdulillah,sporting sangat sangat :) Memakai kot,1st time saya memakai blazer ni ..Wah! memang betul2 korporat la.. i like it :) haha,saya yang paling menyerlah sangat kata mereka.. apa apa je la,asalkan terbaikkk ! masyukkk =P

Okay,kembali ke kisah saya tadi..Bukanlah saya nak menunjuk-nunjuk or kata lain show off .. Kalau korang nak tahu,disebabkan saya tension sangat.Saya menangis tau,menangis beb! menangis kat bilik air..Menangis la,sampai merah muka..Sambil berkata dalam hati 'Ini ke dugaan yang Allah beri kat aku,jiwa dan perasaan aku macam ni?'Putus cinta pun tak macam ni kan? Tapi waktu tu memang saya PUTUS..Putus asa dalam hidup saya,macam tak berguna dah.Tapi disebabkan saya masih ada akal yang waras,jiwa yang suci bersih..Saya tekadkan dalam hati 'Orang yang mengalah,putus asa adalah orang yang bodoh tidak pernah nak berusaha' .. Itulah yang menguatkan semangat saya untuk berjuang,berjihad di jalan Allah! Dan selepas saya keluar dari bilik air tu,nasib baik takde sape tahu..Nak kesat air mata habis2 waktu tu.. hi hi hi :) Saya tak mau la sahabat2 saya kat situ susah hati tengok saya menangis.Just pendam dalam hati je.. kena tabah hadapi apa jua masalah dan rintangan dengan sendiri.Jangan mengharap belas ihsan orang lain saja >.< itulah diri saya 

He he he ... .. :) Dan sejak hari itu,hidup saya semakin baik.Pensyarah takde dah nak marah marah,keluarkan ayat yang bukan2 untuk saya..Saya dah siapkan segala assingment saya yang diberi,tutorialnya..sahabat2 saya yang lain banyak tolong..Dan soalan2 yang saya tak boleh jawab tu,tinggal je..'tak reti buat,cekgu' ngeh ngeh 

Emm...tiba la Ujian Penilaian Semester 1 (USP1),saya dapat keputusan yang sangat sangat la tidak baik bagi saya .. Pointer hanya 2.20 .. Sedih kan?Memang sedih,sape tak sedih dapat pointer macam tu..Tapi apakan daya,mungkin saya study sambil lewa kut .. :) Dan itu pun saya sedih,nak keluar dari situ..Niat satu je,nak keluar Matrik,nak keluar Matrik..~ huh~ Dari situ,saya belajar sungguh sungguh untuk PSPM1.. Exam yang ngeri saya takutkan.

Dan tibalah waktu tu,saya menjawab segala apa yang saya sudah belajar dan ulangkaji. Setakat ini Alhamdulillah dapat jawab semua soalan..Paling malang sekali MasyaAllah time exam mathematics 2 dan sc computer..Boleh pulak saya mengantuk,tersenguk2 menjawab soalan tu.. Astaghfirullah,tu la padahnya tidur pukul 12 bangun pukul 3.. Rajin sangat kau ni,Nujma ! emm..nak buat macam mana nak ngantuk..hoho ;) Tapi takpe la,saya nak dapat pointer 3.0 above ..Boleh ke tak ya? InsyaAllah..Fizik jekantoi,tak dapat jawab dengan jayanya!! Maafkan saya,Pn Azlirozita .. =( (padahal dah minta restu lagi hari tu,kat masjid) Allah ada perancangannya tersendiri untuk saya,saya sebagai hambaNya perlu terima segala Qada' dan QadarNya .. 

Dan ingatlah sahabat sahabat saya di luar sana,kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya jikalau kita berusaha.. :) Dan saya menunggu keputusan PSPM1 saya tu,doakan yang terbaik untuk saya ya.. 3.0 above.
Ya Allah,Kau berilah keputusan yang terbaik yang sudah hambaMu Nujma lakukan sedaya upaya nya.. Kau permudahkanlah hambaMu ini Ya Allah .. Aminnn!!!