JellyPages.com

Friday, November 18, 2011

Satukan hatiku dengan hatinya


Memang ! Memang aku mengimpikan seorang lelaki yang soleh seperti ini tapi masih adakah lagi? Namun aku hanya mengimpikan sahaja.Allah lebih mengetahui segala-galanya.


"Kita hanya merancang,tetapi jauh di atas sana Dia telah mengatur yang terbaik untuk hamba-hambaNYa"

Aku suka sangat tengok kaum Adam berpakaian seperti itu.Berjubah,berserban semuanya serba putih bersih je.hee~ warna lain pun suka juga.Tapi,putih menjadi pilihan hati :)

Memang tak dinafikan kaum Hawa di luar sana mengimpikan lelaki soleh seperti itu.Tetapi ada juga yang suka lelaki berambut pacak kan,ala-ala ranggi? Trend terkini la katakan,tapi memang tak dapat aku bohong.Aku memang tak suka!! Maaf kepada lelaki2 di luar sana ya .. ^_^

hee~ DAN aku suka sangat lirik lagu yang satu ni PERMATA YANG DICARI-DEHEARTY

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Ya Allah ! Memang sangat-sangat menghayatinya.Tapi apakah jodoh aku sudah sampai?Emm...

Tapi takpa,aku akan tunggu bila dah sampai masanya.InsyaAllah... :)  


Haa,tu jodoh aku dengan bakal anak.Opss~ Walaupun hanya gambar 'cartoon' je,tapi bermakna tau.hihi :)

Ya Allah ! Comel la gambar ni.Suka tengok,selalu =) Kanak-kanak tu pun comel,lawa..Emm,hanya menunggu ~

Wahai,jodohku ! Di manakah jodohku ya Allah..Aku tahu Kau telah tetapkan yang terbaik untukku ya Allah ...Sesungguhnya aku hanya ingin menggapai redhaMu,cintaMU dan syurgaMu ya Allah... Amin... 


Puisi untukmu wahai kaum Adam :)

Ya Allah Ya Tuhanku…
Berkatilah hidupku dunia dan akhirat…Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang… ? ? ?


Wahai kaum adam…
Kerana apa kau mencuri hati kaum hawa??
Kerana apa kau menyintai kaum hawa..??
Kerana apa kau menyayangi kaum hawa…??
Kerana apa kau menyunting kaum hawa…??


Wahai kaum adam…
Adakah kerana kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah kerana kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah kerana kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah kerana kau ingin menyeksa jiwa raganya…??


Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??
Dan…apakah erti kesetiaan pada kalian…???


Wahai kaum adam…
Adakah cinta itu seperti mainan bagimu..??
Adakah sayang itu sekadar pelepas hausmu..??
Adakah rindu itu sekadar angin yang berlalu..??
Adakah setia itu sekadar puisi yang bisa kau padamkan..dan kau coretkan semula…jika kau memerlukannya…??


Wahai kaum adam..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang senang mengalir air matanya..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang jiwanya sangat setia..
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang perasaannya amat halus..
Ketahuilah…kaum hawa itu kaum yang bisa memaafkan walau jiwanya hancur..dirobek..disiat oleh kalian…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang bisa melupakan segala keburukan kalian walau dia terpaksa menyeksa perasaannya…
Ketahuilah..kaum hawa itu kaum yang sanggup mengenepikan kepentingan dirinya hanya untuk diserahkan kepada kalian kaum adam…


Wahai kaum adam…
Sayangilah kaum hawa sepenuh jiwa kalian…
Lindungilah kaum hawa setulusnya cinta kalian…


Sesungguhnya…
Cintailah kaum hawa itu seteguhnya kerana Allah…kerana Dia…pemilik segala Cinta…Dia-lah Pencinta Sejati…



p/s : Ya Allah! Jika aku jatuh cinta,janganlah cintaku melebihi cintaku untukMu.Jika aku rindu,janganlah kiranya rinduku melebihi kepada kekasihMu Rasulullah.Jika aku punya rasa kasih dan sayang pada jodohku nanti ya Allah,janganlah rasa kasih dan sayang aku melebihi pada kedua ibu dan bapaku.Amin Ya Allah !







No comments:

Post a Comment

Jari-jari ComeL