JellyPages.com

Tuesday, November 13, 2012

:::: IMAN YANG LEMAH : TANDA-TANDA, SEBAB & PENAWARNYA::::

TANDA-TANDA KELEMAHAN IMAN :


1- Melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram.

2- Merasa hatinya keras.

3- Tidak melakukan ibadat dengan baik; fikiran melayang ketika sedang solat, baca al-Quran, berdoa dsb.

4- Bermalas-malasan untuk melakukan ibadat dan ketaatan serta tidak mengambil berat waktu-waktu yang disunatkan utk menunaikan sesuatu ibadat dan tidak peduli untuk menambahkan pahalanya. Cth : Puasa Isnin & Khamis, qiyamullail, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib dsb.

5- Hatinya terasa sempit.

6- Tidak terkesan dengan ayat al-Quran.

7- Lalai dari mengingati Allah dalam zikir dan doanya.

8- Tidak merasa marah dengan diri sendiri apabila melakukan perkara yang haram dan tidak baik.

9- Suka menunjuk-nunjuk dan memuji-muji diri sendiri.

10- Kedekut untuk mengeluarkan sedekah.

11- Dia berkata sesuatu yang dia tidak lakukan. Ini adalah salah satu bentuk nifaq.

12- Suka jika saudara Islamnya ditimpa musibah atau kehilangan suatu nikmat.

13- Apabila dia hendak melakukan sesuatu perkara, dia hanya akan melihat adakah perkara berdosa atau tidak. Jika tidak berdosa maka dia akan lakukan walaupun ianya makruh. Tiada sikap berhati-hati dan wara’ (menjauhi perkara syubhat) dalam beragama.

14- Memperkecil-kecilkan perbuatan yang baik.

15- Tidak mengambil berat masalah umat Islam.

16- Tidak merasa tanggungjawab untuk berkhidmat kepada Islam.

17- Terlerainya persaudaraan dengan rakan-rakannya.

18- Merasa cemas dan takut jika ditimpa musibah.

19- Banyak berdebat dengan tujuan yang tidak ikhlas kerana Allah.

20- Terikat dengan dunia dan merasa tenang dengannya sehinggakan dia terasa sakit bila kehilangan sesuatu dari bahagian dunianya.

21- Tiada tanda-tanda keimanan padanya dan dia hanya bercakap menggunakan akal dan meninggalkan Kalam Allah, Sunnah Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam- dan salaf al-soleh.

MENGAPA IMAN SESEORANG ITU BOLEH MENJADI LEMAH?

1- Jauh dari contoh tauladan yang baik.

2- Jauh dari menuntut ilmu agama.

3- Dia berada di kalangan orang-orang yang berbuat maksiat.

4- Jauh dari suasana keimanan untuk tempoh waktu yang lama.

5- Sentiasa sibuk dengan dunia sehingga hatinya menjadi hamba kepada dunia.

6- Sentiasa sibuk dengan harta, anak dan isteri.

7- Panjang angan-angan.

8- Berlebih-lebihan dalam makan, tidur, bercakap, pergaulan dan berjaga malam (tanpa tujuan yang syar’ie).


PENAWAR UNTUK IMAN YANG LEMAH..

1- Meneliti ayat-ayat al-Quran.

2- Berusaha untuk merasakan keagungan Allah.

3- Menuntut ilmu agama.

4- Sentiasa melazimi majlis-majlis yang mengingati Allah.

5- Sentiasa memperbanyakkan amalan-amalan soleh dan mengisi waktu dengannya; sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan, berterusan melakukannya, bersungguh-sungguh, berusaha memelihara hati dari merasa jemu.

6- Mempelbagaikan ibadat.

7- Sentiasa takutkan pengakhiran hidup yang tidak baik.

8- Banyak mengingati mati.

9- Sentiasa mengingat hari akhirat.

10- Berkomunikasi dengan tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada pada alam semesta.

11- Sentiasa zikir mengingati Allah.

12- Bermunajat kepada Allah dan merasa hina di hadapanNya.

13- Memendekkan angan-angan.

14- Sentiasa berfikir bahawa dunia ini hina.

15- Mengagungkan hak-hak Allah.

16- Mencintai orang mukmin dan berlepas diri dari orang kafir.

17- Sentiasa merendahkan diri (tawadhu’)

18- Sentiasa muhasabah diri.


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●


-TAK TERASA BILA DIA PERGI…….

-TAPI SAYU BILA DIA TAK KEMBALI……


-MENCARINYA DGN HATI YG SUCI LEBIH INDAH DARIPADA MEMILIKINYA TAPI TAK MENGHARGAINYA….


-DIA DATANG TANPA SERUAN……


-DIA PERGI TANPA ALASAN……


-KEJARLAH IA SEBELUM IA HILANG DARI PANDANGAN….


-KERANA HADIRNYA ANUGERAH YG TIADA BANDINGAN……
ITULAH …IMAN…….

                                                                              p/s : Sahabatku….hargailah anugerah iman yang dikurniakan Allah pada kita….
Jangan sekali2 sia2 kannya….
.•*´¨`*•.¸✿(◠‿◠)✿`*•... .•*´¨`*•.¸✿(◠‿◠)✿`*•...

No comments:

Post a Comment

Jari-jari ComeL