JellyPages.com

Sunday, May 26, 2013

Ujian tu Tarbiyah dari Allah !

Ujian, ujian, ujian ! Tu tandanya Allah sayangkan kita, nak kita lagi dekat dengan Dia. Nak uji adakah iman kita berkurang or bertambah. Dengan Allah datangkan ujian pada kita barulah kita ni sedar diri sikit sebab banyak sangat dosa kita pada Dia, kita lupa pada Dia. Ala, Allah uji sikit je pun. Jangan nak poyo sangat la! Tu baru sikit, kalau Allah uji yang berat-berat gane pulak weh? #takenote

Oke, sebenarnya aku diuji. Kali ni Allah uji aku dengan program yang akan aku anjurkan ni, KURSUS PRA- PERKAHWINAN. AllahuAkbar, AllahuAkbar! Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya kepala hotak ni memikirkannya. Saat ni kertas kerja tak diluluskan lagi, tempat taktahu mana lagi nak cari and pembekal makanan mana nak cari? Aku buntu, buntu. U understeeennnddd?? :(

Ye lah, sekarang aku faham kenapa Allah uji aku macam tu sekali? Sebab aku banyak sangat buat silap pada Dia. Aku banyak dosa sesangat sangat sangat. Haa, tu diaaa!! Banyak tuhh, Allah Maha Mengetahui.

Tetiba hati aku ni terdetik, entah dari mana. Allah nak tunjuk and nak suruh aku baca buku HILAL ASYRAF - BATU BATA KEHIDUPAN. Nah kau! Sebijik setepek kena atas muka aku. Uisshh, sakitnya pedih hulu hati. Antara bait-baitnya : (cewahh)

Mungkin sahaja Allah tidak memudahkan urusan kehidupan kita 
adalah kerana kita melakukan maksiat dan
pengingkaran terhadapNya.

Kan? Nampak sendiri kan? Maksiat disitu bukanlah maksiat yang 'gitu gitu' cik abang cik kak. Maksiat disitu adalah seperti kita melakukan dosa-dosa kecil, macam tu haa. Jangan pandang perkataan 'maksiat' tu pada satu maksud je. Opss, tak marah la. Amaran je!! :D

KESUKARAN ADALAH TARBIYAH



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah : 216)

Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (Asy-Syura : 30)


Moga-moga begitulah eh :)

p/s : Doakan ana dapat menjalankan Kursus Kahwin ni dengan jayanya ya. :) Segala kesilapan ana adalah silap ana sendiri yang tak gheti jaga nafsu, mata, mulut and so on. hihi  


1 comment:

Jari-jari ComeL