JellyPages.com

Thursday, August 28, 2014

# KesahYangTakSweet #

Assalamualaikum :)

Sebenaqnya dah lama kan tak buka blog ni. Sebab  sifat malas tu dah menrjah dalam diri. Ngeh3

Apa2 pon, sebenaqnya aku tak lama lagi nak masuk belajaq semula. Al-maklumlah dah sebulan lebih menternak lemak kat rumah ni haa. Lepas ni bertungkus lumus lah nak masuk tahun ketiga dah. hehe
Dan alhamdulillah result sem lepas membanggakan diri aku juga. Sebab aku usaha takat tu dah, Allah bagi apa yang mampu ja la. Ye dak? Yes, sem ni aku perlu buat lebih lagi. InsyaAllah :)

Anyway, gembira sangat Allah dengar permintaan aku.. Dan si dia ada sementara aku perlukan. Alhamdulillah, tak terjangka kan? Lama dah tak bertegur, insyaAllah tak lama dah (huh, perasan je kau ni nujma) *_* Takpelah, taknak berangan panjang sangat. Apa2 pon letak harapan tu pada Allah. Dan doa sentiasa jika nak dia tu jodoh kita. hehe

Dan alhamdulillah, tahun ni aku dapat kereta impian aku. MyVi HijauDiHatiku :)
Impian yang terkubur lama dan kini berjaya ku miliki. Alhamdulillah, akan ku gunakan nikmat kesyukuran tu dengan sebaik mungkin. Untuk sahabat2 di Dungun, untuk melaksanakan kerja untuk Islam. Amiinnn :)
Bermulanya tahun 3 ni, aku menjadi senior dan perlu lebih matang dan bertanggungjawab. Pasti banyak kerja menanti, untuk ummah untuk Islam.

Ya Allah! berkatilah berkatilah setiap perkara yang aku lakukan. Aminnn

Dan doakanlah jodoh saya dekat ya kawan2. huu
Nah, kita bagi baby kembar 1 selfie.. ngeh3.. kita suka baby kembar :)


Wednesday, February 12, 2014

#Memoir

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ini hari yang bermakna. Terima kasih sahabat2 ku yang banyak membantu. And now, my schoolmate dapat degree. Sorang UiTM Puncak Perdana dan sorang lagi UiTM Jengka.

Alhamdulillah, dapat sambung degree, tumpang gembira sekali.


Senyum lebar tu, sebab nanti dapat cuti sesama. Dapat jumpa sekali lagi, semoga semuanya baik2 aja.
Okay, harini penat sangat teman depa berdua tu uruskan hal2 Universiti masing2. Pergi 'Medical Check-Up' buat akaun SSPN and after that pergi jenjalan shopping.




Sempat 'selfie' lagi sambil2 tu. Hee. Anyway, dapat beli shawl 1 nak pakai pergi 'wedding' my aunty.
Tak sabar tau u olls. Saje nak try usha2 pakai shawl, menjadi ke tak aku pakai. Yang penting tutup aurat. Ye dok?

Oke la, apa2 pon moga semua sahabat2ku berjaya dunia akhirat. Ikut perintahnya, jangan ingkar. 

“Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah (patuhlah) kepada ALLAH dan patuhlah kepada Rasul serta orang-orang yang berkuasa dalam kalangan kamu, jika kamu berselisih pandangan dalam suatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat demikian itu adalah sebaik-baik penyelesaian”. (Surah An-Nisa'-59)

Semoga kita semua dalam redha Allah sahabat2ku.




 

Tuesday, February 11, 2014

Syafakillah ya Ukhti


 Assalamualaikum, alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis blog ni.

Rasanya seperti sudah lama tak jengah blog ni, dah semakin baru blog ni. Dan semakin aku jahil nak meng'update' blog ni. Terasa janggal :)

Tapi takpe, akn kuusahakan. Taknak celoteh banyak sangat. Cuti sem ni terasa diri ini terlampau sibuk sangat.

Yela, menjaga pesakit Maksu yang 'accident' baru-baru ni. Ya Allah! Moga Engkau beri rahmat pada dia. Kuatkan dia Ya Rabb. Sesungguhnya tiada daya upaya melainkan daya Engkau Allah T_T

Ya, sakit tu satu kafarah dosa dan ujian rahmat dari Tuhan. Yakin, setiap penyakit ada penawarnya kecuali sakit tua dan mati.


Allah turunkan ujian bukannya Dia tak sayang, Dia sayang lah Dia turunkan ujian pada hambaNya. Dia terasa rindu nak dengar luahan hati hambaNya. Betapa selama ini kita kurang bersyukur dengan nikmat pemberian Allah. And now, Allah rindu sangat. 

And btw, sakit-sakit juga tapi jangan lupa tunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari. Tiada alasan sakit untuk tidak solat. TAKE NOTE!

Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Jangan pernah kata Tuhan tidak adil pada diri kita, sebaliknya hanya bersyukur dan redha akan segala ketetapanNya. Moga tabah dalam ujianNya.


Mungkin ada hikmahnya. Wait and see! *_*


Thursday, January 23, 2014

WORLD HIJAB DAY 2014

Assalamualaikum :)

Senyum sokmo deh !
WORLD HIJAB DAY? Pasti kalian nak tahu kan?

Actually, inilah salah satu dakwah yang nak kita semua 'spread'kan melalui program ni.
Jom Dakwah!



Ok, ini salah satu methodnya :)  

Langkah-langkah adalah seperti berikut :

1) Like page World Hijab Day Uitmt
2) Tangkap gambar berserta slogan hati mengikut kreativiti masing-masing seperti.
"I wear hijab because it's a part of my faith"
3) letak sebagai profile picture berserta butiran peribadi di 'discription' dan letakkan

"Hijrahku demiMu". Auratku Maruahku. "


Alhamdulillah, saya harap semua kaum wanita berhijab semasa program ini berjalan. And apabila mereka rasa berhijab ini selesa, rasa dihormati dan dilindungi. InsyaAllah, hidayah tu milik Allah :)

Moga program ini berjalan lancar dan diberkati olehMu ya Rabb!

HIJAB

MY RIGHT

MY CHOICE

MY LIFE