JellyPages.com

Wednesday, February 25, 2015

Perasaan Jahat


Oh, hai. Assalamualaikum. Entry kali ini, entah lah. Aku sendiri tak faham.

Sakit hati?
Dengki?
Cemburu?
Iri hati?

Perit sangat untuk menerimanya. Semua manusia ada perasaan tersebut. Tipulah takde, kan? Dan perasaan aku sekarang 'variety' . Susah orang nak faham aku. Kalau faham pun, aku nafikan.

Yalah, siapa lah yang tak nak dihormati disayangi disanjungi. Semua orang nak. Orang gila je tak nak. Tapi aku? Aku dihormati oleh kawan-kawan aku, guru-guru aku, orang luar tapi adik-adik aku tak pernah hormat aku sebagai seorang kakak. Ya, mungkin tak semua adik beradik aku yang macam tu. Hanya beberapa orang sahaja.

Nak kata kurang ajar. Memang aku andaikan dia kurang ajar.
Maaf lah, siapa tak sakit hati kan? Tak pernah dianggap seorang kakak tapi boleh pulak hormat 'kakak' lain. Kenapa kakak sendiri tak boleh? Cemburu? Ya, memang cemburu kalau keluarga sendiri tak hormat pun. Bukan dengan aku tapi dengan adik-beradik yang lain pun lagi lah tak hormat. Nak cakap pemakaian ok dah, tapi akhlak tu. Kat luar memang orang pandang baik, akhlak kat rumah?

Memang aku akui, aku tak pandai tunjuk kasih sayang tu pada keluarga aku even kawan sendiri. Maaf, aku 'fail' bab ni. Kadang-kadang perasaan aku ni jahat sangat sampai monolog dalam hati yang bukan-bukan, Nauzubillah ! Kalau dia buat hal, aku marah. Aku ni kat rumah je marah adik-adik. Kat luar, hampehhh!! Mungkin mereka rugi dapat kakak macam aku ni. Sudah lah sulung, tak pandai kawal adik-adik. Aku tak minta banyak, cuma minta tolong HORMAT aku sebagai "KAKAK" untuk jadi yang terbaik walaupun aku ni dalam rumah berperangai 'gila-gila' tapi aku ada hati dan perasaan lah.

Seriuously, memang aku tak baik tak ngam tak masuk dengan adik aku sorang ni. Aku luah kat sini pun sebab takda sape baca. Minta-minta lah takde sape baca, aku taktau nak luah kat mane lagi untuk bagi kekuatan pada diri. Ya, Allah. AllahuAkbar!! Mungkin ini ujian dari Dia untuk aku kuat pada masa mendatang. Siapa tahu aku akan dimaki dicerca apabila aku memasuki alam pekerjaan, alam perkahwinan dan sebagainya. Aku jadikan ia sebagai sumber kekuatan.

Kadang-kadang aku ceria, ketawa, gembira di depan keluarga aku even hati ni sakiiiiiiiiiiitt.. Aku berlagak kuat even sebenarnya tak kuat. Setiap malam aku menangis, bagaimana nasib aku nanti. Macamana 'life' aku bila dah kahwin? Adakah si dia akan menerima keluarga aku ni? Adakah si dia terima segala kekurangan ni? Ya Allah, sungguh aku tak kuat tapi keranaMu aku harus kuat *tunjuk tangan tough*

Honestly, aku suka tengok keluarga yang bahagia macam mereka cakap kat FB tu. Bergurau bersama, bercerita bersama, ceria bersama, 'gathering' bersama, ucap sayang pada ibu ayah. Tapi, aku tak mampu nak luahkan, bila nak cakap je, lidah kelu. 'Speechless' :| Seronok tengok orang bahagia, aku? Semua ada tapi bahagia? Bahagia je tapi aku bersyukur dengan segala nikmatNya. Fitrah manusia tak boleh tengok orang lain bahagia kan? Besarnya amanah ni sebagai anak sulung.

Tapi takpe, mungkin di luar sana ramai lagi yang kurang bernasib baik. Kehilangan ibu bapa, lari dari rumah, kehilangan abang/kakak/adik, kehilangan tempat tinggal, ketiadaan makanan dsb. Tak sanggup menanggungnya. Allah bagi ujian mengikut kesesuaian kemampuan hambaNya. Lagipun, semua ni kan sementara. Ok lah, SENYUM :)

Semuanya Qada' Qadar Allah. Kita kena terima dengan hati terbuka, jangan mengeluh. Stay positive. Tak kira kau gemuk ke kurus ke tinggi ke rendah ke bodoh ke pandai ke pasti ada kelebihan kau tersendiri. Kau faham? Okbai.

Selamat memulakan sem seterusnya Nujma . Jom senyum macam SMILE ni. hee

Monday, February 2, 2015

Allah has plan to me :)

Assalamualakum everybody. *smile*

Rasa malas nak menaip ni? Macam mana? Apa-apa pun aku tak gheti nak meluahkan perasaan kat lappy ni. But, i should to write here maybe?

You know that ramai yang aku tengok kawan2 aku yang dah kahwin dan yang bakal berkahwin pun ade. You know that? Kadang2 perasaan cemburu tu ade, gembira, sedih, duka lara semua ada. Bila aku pikir2 balik, mungkin aku belum bersedia sebabtu Allah tak izinkan lagi aku kahwin dan jumpa calonku. *mood gatai*

Tapi takpe, sediakan diri anda dulu Nujma. Jangan tergopoh gapah. Kahwin ni bukan 1 perkara sementara tapi untuk selama-lamanya. Ya, aku yakin janji2 Allah. 

Mungkin artikel ni buat aku lega sikit. Jom baca *with love*

Janji Allah itu pasti. Dia akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya.
Pada satu petang, aku kesunyian tinggal seorang diri di dalam rumah. Ku capai laptop dan online facebook. Ada seseorang yang seperti pernah aku jumpa sebelum ini ingin berkenalan denganku. Setelah lama ku renung nampak  seperti kawan lama sekolahku. Lalu aku ‘approve’ dia sebagai kawan.
Tak lama kemudian dia menyapa di ruangan chat. Memandangkan  sendirian aku melayan ‘kawan lama’ itu berbual. Apabila tiba waktu maghrib dia meminta izin untuk solat dahulu. Dalam hatiku terdetik, bagusnya ‘kawanku’ ini. Usai solat kami sambung berbual. Dengan perencanaan Allah, kami ada ‘reunion’ dua hari selepas berbual di fb. Entah kenapa hatiku teruja untuk pergi ke ‘reunion’ sedangkan waktu itu kawan yang menguruskan ‘reunion’ bukanlah kawan rapatku. Aku sms beberapa kenalan rapat mengajak pergi ke ‘reunion’tapi tiada seorang pun yang bersetuju. Masing-masing ada urusan petang itu. Dengan perasaan hampa, aku tidur.
Dalam hatiku tertanya-tanya kenapa aku begitu teringin pergi ‘reunion’ seperti ada magnet yang menarik. Lewat petang itu, aku terima sms yang mengajak aku pergi ke ‘reunion’. Dengan perasaan gembira aku bersiap ala kadar untuk berjumpa kawan lama di warung ABC. Kawan-kawanku sibuk menceritakan persiapan mereka untuk mendirikan rumahtangga, aku diam seribu bahasa. Aku tiada perancangan untuk berkahwin apatah lagi teman istimewa pun aku tiada.
Hampir waktu maghrib aku tiba di rumah. Malam itu aku online fb seperti biasa. ‘Kawan lama’ tegur aku dan bertanya kenapa diam sahaja ketika ‘reunion’ tadi. Setelah berbual, dia bertanya akan statusku…. dengan tenang aku menjawab masih ‘single’.
‘Kawan lama’ terus melamar aku untuk menjadi teman istimewanya. Aku terkesima. Berbekalkan gerak hati, aku bersetuju dengan syarat dia boleh terima diriku seadanya dan tidak berjumpa berdua-duaan. Aku teringat kata-kata seorang senior dalam usrah ketika zaman belajar dahulu agar jaga batas pergaulan ketika couple kerana ia akan mencorakkan sedikit sebanyak akhlak anak kita nanti. Seseorang itu dibentuk dan dididik sejak zaman percintaan ibu bapanya lagi.
‘Kawan lama’ juga bersetuju dengan syarat yang telah aku berikan..
Sebelum tidur, aku terfikir betulkah tindakan yang aku lakukan ini? Dengan doa istikharah aku mohon diberikan petunjuk. Keesokkan harinya aku bangun tidur dan hatiku tenang. Kukira inilah jawapan Allah.
Aku minta pada ‘kawan lama’ supaya minta izin ibu bapanya sebelum meneruskan niat  untuk mengenaliku lebih dalam… begitu juga dengan diriku. Setelah kedua belah pihak memberi restu kami teruskan proses perkenalan ini. Semuanya berjalan dengan lancar.
No dating’ walaupun rumah kami hanya dua minit. Tapi aku tidak kenal di mana sebenarnya rumah ‘kawan lama’ aku walaupun kami sekampung. Aku berkongsi mutiara kata dan email-email menarik untuk kami jadikan motivasi dan panduan dalam hidup.
Hampir setahun berkenalan, kami mengambil keputusan untuk mengakhiri perkenalan ini dengan ikatan yang sah. Aku tidak impikan majlis pertunangan, cukup sekadar ibunya menghantar sebentuk cincin sebagai tanda. Dalam tempoh 4 bulan bertunang, kami diuji.
Tanggal 2 Jun kami sah sebagai suami dan isteri. Paling tidak disangka, rumah yang pernah aku tumpang untukreverse kereta dulu adalah rumah suamiku. Waktu reverse kereta hatiku terdetik kalaulah rumah ini buat kenduri mesti senang kerana kawasannya yang lapang.
Kini dia menjadi suamiku dan kami dikurniakan seorang puteri penyeri rumahtangga kami. Alhamdulillah kami bahagia meskipun diuji dengan tinggal berasingan dan hanya berjumpa di hujung minggu.
‘Kawan lama’ ini sebenarnya adalah rakan sekelas sejak  darjah 1.
Allah Maha Besar, ‘kawan lama’ ingat aku disebabkan pernah dimarahi ketika darjah 1 dulu.  Bila aku fikir kembali, begitu cantik aturan Allah. Kita merancang, Dia juga merancang tetapi yang terbaik itu dari Dia.
Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui. Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai.
*gambar sekadar hiasan 

So, jodoh tu kan rahsia Allah. Jangan pernah meraguinya. Aku taknak dah cakap pasal kahwin, jodoh ni bagai. Aku mantapkan ibadah aku dulu. That's it. Noktah.

Ya Allah! Jika dia jodohku, satukanlah hati kami.Jika dia bukan milikku, redhakanlah hatiku untuk menerima ketentuanMu.Amin.