JellyPages.com

Wednesday, February 25, 2015

Perasaan Jahat


Oh, hai. Assalamualaikum. Entry kali ini, entah lah. Aku sendiri tak faham.

Sakit hati?
Dengki?
Cemburu?
Iri hati?

Perit sangat untuk menerimanya. Semua manusia ada perasaan tersebut. Tipulah takde, kan? Dan perasaan aku sekarang 'variety' . Susah orang nak faham aku. Kalau faham pun, aku nafikan.

Yalah, siapa lah yang tak nak dihormati disayangi disanjungi. Semua orang nak. Orang gila je tak nak. Tapi aku? Aku dihormati oleh kawan-kawan aku, guru-guru aku, orang luar tapi adik-adik aku tak pernah hormat aku sebagai seorang kakak. Ya, mungkin tak semua adik beradik aku yang macam tu. Hanya beberapa orang sahaja.

Nak kata kurang ajar. Memang aku andaikan dia kurang ajar.
Maaf lah, siapa tak sakit hati kan? Tak pernah dianggap seorang kakak tapi boleh pulak hormat 'kakak' lain. Kenapa kakak sendiri tak boleh? Cemburu? Ya, memang cemburu kalau keluarga sendiri tak hormat pun. Bukan dengan aku tapi dengan adik-beradik yang lain pun lagi lah tak hormat. Nak cakap pemakaian ok dah, tapi akhlak tu. Kat luar memang orang pandang baik, akhlak kat rumah?

Memang aku akui, aku tak pandai tunjuk kasih sayang tu pada keluarga aku even kawan sendiri. Maaf, aku 'fail' bab ni. Kadang-kadang perasaan aku ni jahat sangat sampai monolog dalam hati yang bukan-bukan, Nauzubillah ! Kalau dia buat hal, aku marah. Aku ni kat rumah je marah adik-adik. Kat luar, hampehhh!! Mungkin mereka rugi dapat kakak macam aku ni. Sudah lah sulung, tak pandai kawal adik-adik. Aku tak minta banyak, cuma minta tolong HORMAT aku sebagai "KAKAK" untuk jadi yang terbaik walaupun aku ni dalam rumah berperangai 'gila-gila' tapi aku ada hati dan perasaan lah.

Seriuously, memang aku tak baik tak ngam tak masuk dengan adik aku sorang ni. Aku luah kat sini pun sebab takda sape baca. Minta-minta lah takde sape baca, aku taktau nak luah kat mane lagi untuk bagi kekuatan pada diri. Ya, Allah. AllahuAkbar!! Mungkin ini ujian dari Dia untuk aku kuat pada masa mendatang. Siapa tahu aku akan dimaki dicerca apabila aku memasuki alam pekerjaan, alam perkahwinan dan sebagainya. Aku jadikan ia sebagai sumber kekuatan.

Kadang-kadang aku ceria, ketawa, gembira di depan keluarga aku even hati ni sakiiiiiiiiiiitt.. Aku berlagak kuat even sebenarnya tak kuat. Setiap malam aku menangis, bagaimana nasib aku nanti. Macamana 'life' aku bila dah kahwin? Adakah si dia akan menerima keluarga aku ni? Adakah si dia terima segala kekurangan ni? Ya Allah, sungguh aku tak kuat tapi keranaMu aku harus kuat *tunjuk tangan tough*

Honestly, aku suka tengok keluarga yang bahagia macam mereka cakap kat FB tu. Bergurau bersama, bercerita bersama, ceria bersama, 'gathering' bersama, ucap sayang pada ibu ayah. Tapi, aku tak mampu nak luahkan, bila nak cakap je, lidah kelu. 'Speechless' :| Seronok tengok orang bahagia, aku? Semua ada tapi bahagia? Bahagia je tapi aku bersyukur dengan segala nikmatNya. Fitrah manusia tak boleh tengok orang lain bahagia kan? Besarnya amanah ni sebagai anak sulung.

Tapi takpe, mungkin di luar sana ramai lagi yang kurang bernasib baik. Kehilangan ibu bapa, lari dari rumah, kehilangan abang/kakak/adik, kehilangan tempat tinggal, ketiadaan makanan dsb. Tak sanggup menanggungnya. Allah bagi ujian mengikut kesesuaian kemampuan hambaNya. Lagipun, semua ni kan sementara. Ok lah, SENYUM :)

Semuanya Qada' Qadar Allah. Kita kena terima dengan hati terbuka, jangan mengeluh. Stay positive. Tak kira kau gemuk ke kurus ke tinggi ke rendah ke bodoh ke pandai ke pasti ada kelebihan kau tersendiri. Kau faham? Okbai.

Selamat memulakan sem seterusnya Nujma . Jom senyum macam SMILE ni. hee

No comments:

Post a Comment

Jari-jari ComeL