Mekah al-Mukaramah kota suci,
Tempat umat Islam mengerjakan haji,
Siti Hajar nama diberi,
Melakar sejarah ikon srikandi.
Bumi Babylon tempat bersejarah,
Raja Namrud ketua pemerintah,
Azar pengukir berhala disembah,
Lahir Ibrahim sebagai anugerah.
Raja Namrud menjadi gelisah,
Sumbangannya selama ini tidak diendahkan,
Patung berhala buatan Azar banyak ditempah,
Ibrahim melihat lalu resah dan gundah.
Misi Ibrahim menyedarkan kaumnya,
Bapa berhala dijadikan saksinya,
Namrud melihat menjadi murka,
Ibrahim dibakar masih bernyawa.
Kota Haran destinasi pertama,
Ibrahim berdakwah pada rakyat jelata,
Terpikat Sarah kebenaran bicaranya,
Mengakui keagungan Tuhan yang esa.
Pasangan pengantin berjanji setia,
Sarah dan Ibrahim melayari bahtera cinta,
Dugaan di Haran mencabar misi dakwahnya,
Ibrahim tabah tidak berputus asa.
Ibrahim ditemani Sarah nan setia,
Berhijrah ke Kanaan mendiami Beersheba,
Penduduk melihatnya berukat mata,
Berhijrah ke Mesir menetap di sana.
Negeri Mesir diperintah Firaun,
Negerinya indah,kaya dan makmur,
Kecantikan Sarah menggelorakan Firaun,
Berkat doa hasrat Firaun hancur.
Ibrahim berdakwah di bumi Mesir,
Ujian melanda berpindah ke Palestin,
Hajar al-Qibthi wanita Mesir,
Dibawa bersama hidup di Palestin.
Bumi Palestin bumi dipijak,
Pelbagai adat yang diajar,
Sarah teringin mendapat anak,
Rela bermadu dengan Hajar.
Ibrahim gembira mendapat cahaya mata,
Hajar melahirkan seorang putera,
Sarah cemburu melihat madunya,
Hajar dipisahkan jauh dari hidupnya.
Sarah tetap dengan keputusannya,
Hajar akur mengikut suaminya,
Ditinggalkan di lembah tandus tiada penghuninya,
Hajar reda atas perintah yang maha esa.
Hajar berdua bersama puteranya,
Di lembah yang tandus tiada sesiapa,
Lapar dan dahaga semakin terasa,
Minuman dan makanan tiada tersisa.
Sinaran cahaya mentari menyinar,
Lembah Bakkah kembali bersinar,
Percikan barrah tidak henti memancar,
Rahmat Allah kepada Hajar.
Ibrahim bermimpi menyembelih anak,
Hatinya resah bukan kepalang,
Itu simbolik korban yang dikehendak,
Oleh Tuhan yang maha penyayang.
No comments:
Post a Comment
Jari-jari ComeL