JellyPages.com

Wednesday, December 26, 2012

Hidup, cara & matlamat saya (UiTM)

Assalamualaikum readers :)

eh..eh..eh..Dah lama rasanya saya xmenconteng arang kat sini kann?? hehe :)
Biasalah orang bizi dengan costumerr,opsss..maaf,riakkk pulakkk ... emmm,saya dah nak final exam next week 3/1/2013..Menarik tarikh tu kan?? ohseemmmm ^^ First paper CALCULUS.. i love math..ooyyeeaahhh3!!

Haiihh,sejak duduk U ni kan..saya terlebih la aktif.. berusrah,berpersatuan dan lain2 la..huh,ape2 pon InsyaAllah sem2 nanti,saya akan memegang sebagai KETUA PROJEK 'KURSUS KAHWIN'. Dengar pon,Ya Allah,ohsemm.. 1st time nak mengendalikan sesuatu program :) takpe2,cabaran nujma !! take a challenge , bila masa lagi awak nak menonjol.. oppss!! ^^

Sebelum ni, sy ada join satu kelab keusahawanan dan telah menghadapinya.. Alhamdulillah berjalan dengan lancar.. 





Inilah kami apa yang saya join.. PAKPI :)



Kami menjual kek batik, kek coklat moist, apam polkadot, jagung kukus, dan float :)
Dan paling cepat habis..haha :D rugi kami dapat,yg selebihnya hanyalah modal semata2.. Tapi ohsemmm la,best sesangat :)  Dan macam2 lagi lahh 

Selepas itu ada pula program 'MUDA MUDI KAMPUS BERSAMA IMAM MUDA ASYRAF'.. Tajuk ape eh,pasal remaja la.. Banyak perihal hal remaja ni, macam2 kes ada .. Nauzubillah!! 
IM awesomee!! Menarik cerita dia,saya pun dah lupa.. Yang penting, nak jodoh baik2.Solat istikharah la tiap2 hari .. InsyaAllah Allah permudahkan jodoh awak tu samada cepat atau lambat je :)

And Alhamdulillah, saya duduk U ilmu saya bertambah dengan adanya usrah (bulatan gembira kami) ^_^  :



  • Melahirkan Mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berjiwa murni berlandaskan panduan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mempertingkatkan bakat kepimpinan mahasiswa menerusi penglibatan mereka dalam organisasi dan pengurusan bagi melahirkan insan yang berjiwa kental dalam menempuhi cabaran hidup.
  • Memantapkan lagi sahsiah Mahasiswa  yang berteraskan ilmu bagi mempertingkatkan jati diri yang jitu dalam aspek kecemerlangan akademik dan sahsiah yang mulia.
  • Melahirkan insan yang bersepadu dari segi rohani dan jasmani untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.


just copy paste je tu ..haha :D
Emm, ok lah setakat tu saja contengan saya.. Takda pa pon yg menarik!! just to be yourself  !! 

Doakan saya final exam ni boleh jawab dengan jayanya, InsyaAllah,Innallaha Ma'ana :) 

#takenote : i want to be a programmer, physicians & entrepreneur :0

Tuesday, November 13, 2012

:::: IMAN YANG LEMAH : TANDA-TANDA, SEBAB & PENAWARNYA::::

TANDA-TANDA KELEMAHAN IMAN :


1- Melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram.

2- Merasa hatinya keras.

3- Tidak melakukan ibadat dengan baik; fikiran melayang ketika sedang solat, baca al-Quran, berdoa dsb.

4- Bermalas-malasan untuk melakukan ibadat dan ketaatan serta tidak mengambil berat waktu-waktu yang disunatkan utk menunaikan sesuatu ibadat dan tidak peduli untuk menambahkan pahalanya. Cth : Puasa Isnin & Khamis, qiyamullail, solat sunat dhuha, solat sunat rawatib dsb.

5- Hatinya terasa sempit.

6- Tidak terkesan dengan ayat al-Quran.

7- Lalai dari mengingati Allah dalam zikir dan doanya.

8- Tidak merasa marah dengan diri sendiri apabila melakukan perkara yang haram dan tidak baik.

9- Suka menunjuk-nunjuk dan memuji-muji diri sendiri.

10- Kedekut untuk mengeluarkan sedekah.

11- Dia berkata sesuatu yang dia tidak lakukan. Ini adalah salah satu bentuk nifaq.

12- Suka jika saudara Islamnya ditimpa musibah atau kehilangan suatu nikmat.

13- Apabila dia hendak melakukan sesuatu perkara, dia hanya akan melihat adakah perkara berdosa atau tidak. Jika tidak berdosa maka dia akan lakukan walaupun ianya makruh. Tiada sikap berhati-hati dan wara’ (menjauhi perkara syubhat) dalam beragama.

14- Memperkecil-kecilkan perbuatan yang baik.

15- Tidak mengambil berat masalah umat Islam.

16- Tidak merasa tanggungjawab untuk berkhidmat kepada Islam.

17- Terlerainya persaudaraan dengan rakan-rakannya.

18- Merasa cemas dan takut jika ditimpa musibah.

19- Banyak berdebat dengan tujuan yang tidak ikhlas kerana Allah.

20- Terikat dengan dunia dan merasa tenang dengannya sehinggakan dia terasa sakit bila kehilangan sesuatu dari bahagian dunianya.

21- Tiada tanda-tanda keimanan padanya dan dia hanya bercakap menggunakan akal dan meninggalkan Kalam Allah, Sunnah Nabi shallallahu ‘alayhi wasallam- dan salaf al-soleh.

MENGAPA IMAN SESEORANG ITU BOLEH MENJADI LEMAH?

1- Jauh dari contoh tauladan yang baik.

2- Jauh dari menuntut ilmu agama.

3- Dia berada di kalangan orang-orang yang berbuat maksiat.

4- Jauh dari suasana keimanan untuk tempoh waktu yang lama.

5- Sentiasa sibuk dengan dunia sehingga hatinya menjadi hamba kepada dunia.

6- Sentiasa sibuk dengan harta, anak dan isteri.

7- Panjang angan-angan.

8- Berlebih-lebihan dalam makan, tidur, bercakap, pergaulan dan berjaga malam (tanpa tujuan yang syar’ie).


PENAWAR UNTUK IMAN YANG LEMAH..

1- Meneliti ayat-ayat al-Quran.

2- Berusaha untuk merasakan keagungan Allah.

3- Menuntut ilmu agama.

4- Sentiasa melazimi majlis-majlis yang mengingati Allah.

5- Sentiasa memperbanyakkan amalan-amalan soleh dan mengisi waktu dengannya; sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan, berterusan melakukannya, bersungguh-sungguh, berusaha memelihara hati dari merasa jemu.

6- Mempelbagaikan ibadat.

7- Sentiasa takutkan pengakhiran hidup yang tidak baik.

8- Banyak mengingati mati.

9- Sentiasa mengingat hari akhirat.

10- Berkomunikasi dengan tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada pada alam semesta.

11- Sentiasa zikir mengingati Allah.

12- Bermunajat kepada Allah dan merasa hina di hadapanNya.

13- Memendekkan angan-angan.

14- Sentiasa berfikir bahawa dunia ini hina.

15- Mengagungkan hak-hak Allah.

16- Mencintai orang mukmin dan berlepas diri dari orang kafir.

17- Sentiasa merendahkan diri (tawadhu’)

18- Sentiasa muhasabah diri.


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●


-TAK TERASA BILA DIA PERGI…….

-TAPI SAYU BILA DIA TAK KEMBALI……


-MENCARINYA DGN HATI YG SUCI LEBIH INDAH DARIPADA MEMILIKINYA TAPI TAK MENGHARGAINYA….


-DIA DATANG TANPA SERUAN……


-DIA PERGI TANPA ALASAN……


-KEJARLAH IA SEBELUM IA HILANG DARI PANDANGAN….


-KERANA HADIRNYA ANUGERAH YG TIADA BANDINGAN……
ITULAH …IMAN…….

                                                                              p/s : Sahabatku….hargailah anugerah iman yang dikurniakan Allah pada kita….
Jangan sekali2 sia2 kannya….
.•*´¨`*•.¸✿(◠‿◠)✿`*•... .•*´¨`*•.¸✿(◠‿◠)✿`*•...

Thursday, November 1, 2012

Tolong jagakan dia YA ALLAH !!


Artikel yang sangat saya suka , pasal JODOH ! Sapa yg x suka kan? semua nak kahwin di awal usia yang muda ni .. ^_^ InsyaAllah , jodoh tu kan rahsia ALLAH 





Hubungan antara dua jiwa

Yang berlainan jantina
Perlu ada batasnya
Perlu ada jaraknya
Perlu ada hadnya
Perlu ada pengawasnya
Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia
Dalam lafaz sakinah
Yakni dengan akad nikah.

Jika akad belum mengikat diri
Bentengilah hati
Kawallah hati
Pandulah pergaulan
Kekalkanlah jarak
Minimumkanlah urusan
Tegaskanlah peribadi

Kuatkan hati dan lisan untuk berkata 'TIDAK'
Pada perkara yang sia-sia
Pada perkara yang remeh-temeh
Pada perkara yang boleh melalaikan hati
Pada perkara yang boleh menggugah iman.

Namun, bagaimana jika sudah terlanjur mesra?
Bagaimana jika sudah terlanjur bergerak mengenali?
Bagaimana jka sudah terlanjur biasa bergurau senda?
Bagaimana jika sudah terlalu kerap berhubungan atas urusan yang tidak penting?

Usah khuatir!
Usah bimbang!
Usah risau!

Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun
Lagi Maha Luas Pengampunannya
Serta Maha pengasih
Lagi Maha penyayang

Maka
Ayuh, mari kita mulakan dari awal!
Ayuh kita kawal hati
Ayuh kita dalami hakikat dikurniakan hati oleh Sang Pencipta
Ayuh kita dekati para solehin
Ayuh kita dampingi bacaan-bacaan motivasi penguat diri
Ayuh kita lazimi Al-Qur'an dan hayati terjemahannya
Ayuh kita dekati Sang Khaliq!

Agar langkah yang baru ini terasa lebih kuat
Agar dapat istiqomah melakukannya
Agar kelak mardhotillah dapat dicapai.

*****



Ya Allah,


Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.
Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.

Ya Allah,

Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong jagakan dia ya Allah..

Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.
Aamiin ya Rabb..

Tuesday, October 30, 2012

UiTM the best in moment (:

Assalamualaikum ... rasanya dah lama sangat kan saya tak meng'update' blog ni !! Biasa la, sibuk sangat (padahal tak sibuk mana pun) hehe :) Ok,sekarang saya dah menjejak kaki ke UiTM Kuala Terengganu kampus DUNGUN..wah!! memang tak sangka la insan bernama NUJMA HAYATI ni dah belajar sampai ijazah.. ehem , possible2 tapi tu lah rezeki masing2 (:

Ape2 pun,kat sini banyak yang saya dapat. Kawan baru espeseli majoriti dari KT (cakak ganu ar kite) ..
Hajat duduk jauh dari parents ni nak ubah diri ni jadi lebih baik lagi..Tak semestinya saya berpakaian longgar,bertudung labuh tak bermakna saya ni lebih baik.. Mungkin ada yang lebih baik lagi dari saya..

Kat kampus saya ni memang tenteram je,bahagia ^_^ RESORT KAMPUS !! Itulah panggilan untuk U saya , ada bukit , pantai , tasik , flora fauna ada sekali .. haha
anyway , memang syioookkkkk laa @_@

Pantai Teluk Gadung

 
classmate : imza n umiey
sama padan je.. haha
Best kan? tension je , p la pantai release tension :)  Ok,malas cite banyak2 .. nak upload picture je ..

Subhanallah , indah ciptaan DIA . AllahuAkbar





time MDS , lawatan jalan2 kampus waktu malam :) 

hanya 15 orang je time MDS kami (: sikit je kan? tapi ohsem 

my ROOMMATE : kak cha , kak tika , umiey n juma

besday boy HILMI & LUQMAN 

classmate : izzul , mimi , umiey n luqman
TR yg sangat rapat dengan pelajar2 , i like (:

se roommate , se class , se negeri  :D



40 orang pelajar perempuan time MDS kami 

tagLine : kejuuuuuu .. oc wewe 

budak CS , kiut miut aja !!
izzul , mimi , fira , kak ema 

cik Mai yg kecil molek ;;; hehe








Dungun memang OHSEM!! Alhamdulillah,terima kasih Allah .. 

Thursday, August 9, 2012

Tuhan tu wujud tak?

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.



Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●




Tuesday, August 7, 2012

WarKah daripada AbaH


Nasyrin duduk sendirian di kamarnya. Dia termenung di tepi jendela yang terbuka luas. Petang menjadi suram tak bertepian. Air matanya terus menittis membasahi pipi. Nasyrin menangis kesepian tatkala teringatkan arwah ayahnya...
*****
"Itulah abah, asyik bising kat anak tu. Sudahnya, makan pun tidak mahu." Emak membuka bicara sebaik sahaja kelibat Nasyrin hilang daripada pandangan empat biji bebola mata itu.
"Saya bukan saja-saja mahu bising kat anak awak tu. Tapi cuba awak tengok cara dia menguruskan masanya, cara pemakaiannya. Saya ni bukan apa Muna, saya risau. Saya tanya awaklah, agak-agak awaklah, kalau saya mati nanti, boleh ke anak kita tu menguruskan jenazah saya ni?"
Abah terus bangun menuju ke sinki walaupun nasi baru saja sesuap masuk ke dalam perutnya yang agak buncit itu. Malas mahu duduk di meja makan itu lagi.
Emak membisu tanpa sebarang bicara. Dia termenung sejenak. Abah tidak pernah membicarakan mengenai soal kematian. Bukan langsung tidak pernah, cuma tidak pernah membicarakan dari sudut dia sendiri yang akan menghadapi perkara itu.
Abah duduk di sofa yang baru dibelikan oleh Along. Tangan abah ligat menggerakkan tasbih yang berada di tangannya sambil terkumat-kamit berzikir. Nasyrin hanya melihat dari jauh. Novel pada tangannya hanya menjadi hiasan. Matanya merenung tingkah laku abah.
*****
"Amir, aku perlukan bantuan ko lah. Kau busy tak sekarang?"
"Tolong apa? Kalau boleh, aku cuba." Amir ialah rakan sekampung Nasyrin merangkap kawan baiknya sejak kecil lagi.
"Aku nak cari kerja. Kau ada cadangan tak?" ujar Nasyrin.
"Kau nak kerja macam mana, Nasy?"
"Buat masa ni, aku rasa tak nak pergi jauh-jauh daripada keluarga. Apa-apa kerjalah, yang penting halal."
"Esok petang kau ikut aku. Tapi, aku nak tahu kenapa kau tak nak jauh daripada keluarga? Sebelum ini, kau yang beriya-iya nak kerja jauh daripada keluarga."
Nasyrin membisu. Rasa seperti hendak bangun meninggalkan Amir tetapi punggungnya seperti melekat di atas kerusi yang didudukinya itu. Kakinya digoyangkan perlahan. Sekejap dia mendongakkan pandangan ke langit dan sekejap dia menundukkan kepalanya ke bumi. Amir sepi melihat gelagat temannya itu. Malas untuk menyoal temannya itu kerana dia tahu yang temannya sedang diulit seribu masalah.
*****
"Nasyrin dah solat?" soal abah perlahan. "Dari waktu makan tadi sehinggalah ke saat abah menegur, abah nampak Nasyrin terpaku di hadapan televisyen itu."
Nasyrin menoleh ke arah abah yang tegak berdiri di sebelahnya. "Belum, bah."
"Solat dulu, nak. Dah hampir jam empat, waktu Asar pun sudah dekat." Nasyrin bangun tanpa membantah. Benar kata abah. Waktu Asar hampir tiba.
"Selepas solat, tunggu waktu Asar kita solat berjemaah bersama emak."
"Abah tak pergi ke surau ke hari ni?" ujar Nasyrin.
Abah menggeleng perlahan. "Sekali-sekala abah nak solat berjemaah bersama emak kamu dan anak-anak abah di rumah."
'Benar kata emak. Abah betul-betul lain!' fikir Nasyrin di dalam hatinya.

"Nasyrin iqamat, abah imam." Abah memberi arahan kepada Nasyrin.
Selesai solat, doa dan bersalaman, emak terus ke dapur untuk menyediakan minum petang. Nasyrin bangun dan menuju ke muka pintu serambi rumah. Nasyrin melunjurkan kakinya ke atas anak tangga teratas.
"Nasyrin..."
"Ya, abah?"
"Nanti kalau abah sudah tiada Nasyrin tolong jaga emak baik-baik ye?"
"Abah tidak percayakan Nasyrin ke? Kenapa abah cakap macam tu?"
"Bukan abah tak percaya kat Nasyrin. Abah cuma mahu Nasyrin lebihkan masa untuk mak selepas abah tiada nanti.
"Di dunia ni tiada satu benda pun yang akan kekal. Nyawa ini hanya pinjaman dariNya." Nasyrin diam membisukan diri dan hanya mendengar apa yang dibicarakan oleh abahnya.
"Setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit semuanya akan mengalami kematian sama ada cepat ataupun lambat. Tapi nak ke kita mati dalam keadaan yang tidak mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita?"
"Maksud abah?"
"Nyawa kita satu kurniaan. Oksigen yang Allah bekalkan tanpa minta bayaran, satu nikmat kepada kita. Jadi, macam mana kita patut tunjukkan yang kita bersyukur kepadanya?"
"Bagaimana?"
"Jujur dengan abah, berapa kali Nasyrin meninggalkan solat dan puasa? ... Nasyrin dah besar, dah pandai fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Nasyrin fikirkanlah apa yang abah cerita tadi. Solat adalah salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmat yang telah diberikanNya."

Subuh pagi itu sungguh dingin dan suram. Emak mengejutkan abah. Namun, abah masih tak bangun. Menguit pun tidak. Selalunya waktu begini abah sudah berada di tikar sejadah. Apa yang berlaku pada abah membuatkan emak kalut. Mungkin inilah hari yang abah tunggu-tunggu sejak kebelakangan ini. Emak segera ke kamar Nasyrin. Kamarnya terkunci dan emak mengetuk perlahan-lahan.
Nasyrin bangun dan membuka pintu biliknya. "Emak, kenapa mak? Kenapa mak nangis?" Emak sudah tidak mampu menampung bebanan kandungan dan akhirnya kolam air itu pecah juga.
"Abah ....!"
"Emak, kenapa dengan abah?"
Emak melafazkan kalimah istirja' dan membawa Nasyrin ke kamarnya. Kedua-dua mata abah sudah tertutup rapat, tangannya juga sudah dalam keadaan seperti sedang bersolat - seperti sudah tahu masanya sudah tiba. Emak bangun dan mencari kain untuk menutup seluruh tubuh abah. Nasyrin hanya melihat dengan kecewa kerana dia sedar dia miskin dalam bidang agama.
"Nasyrin bantu emak menghadapkan abah ke arah kiblat?"
"Ya, mak ..." Nasyrin hanya mengikut apa yang emak pinta.
"Nasyrin pergi menunaikan solat subuh dahulu, sebelum waktunya habis. Nanti usai sahaja solat Nasyrin jumpa Ketua Kampung dan Tok Imam dan beritahu yang abah sudah meninggal dunia, ya nak!" Nasyrin hanya menggangguk tanda faham akan arahan emak.
Emak bangun menuju ke almari untuk mengambil senaskhah Yasin lalu duduk di sebelah abah. Emak memulakan bacaan Yasin dengan suara yang perlahan. Emak menyedekahkan Yasin kepada abah.
*****

Sudah tujuh hari abah pergi meninggalkan keluarga. Emak kelihatan tenang sahaja. Mungkin emak sudah bersedia semenjak abah menunjukkan perubahan yang tidak pernah abah lakukan.
Nasyrin duduk di meja makan. Pagi itu, emak menyediakan sarapan pisang goreng dan secawan teh. Nasyrin hanya termenung. Makanan itu menjadi santapan matanya sahaja. Nasyrin teringat sewaktu abah menghantarnya ke sekolah dahulu, setibanya di sekolah abah akan mencium dahinya dan berpesan, "Nasyrin belajar sungguh-sungguh. Nanti dah besar boleh bantu abah dan emak." Ketika itu, Nasyrin hanya tersenyum dan mengangguk.
"Nasyrin, apa yang di menungkan tu? Sudahlah nak, yang pergi tetap pergi yang hidup ni harus teruskan perjuangan. Kerana yang hidup pasti merasai kematian. Tidak boleh tidak. Abah pergi dahulu sebelum kita sebab Allah lebih menyayanginya."
Jam menunjukkan pukul dua pagi. Nasyrin terbangun lalu menuju ke kamar emaknya. Nasyrin mengetuk pintu perlahan-lahan. Emak tersedar daripada tidur dan segera membuka pintu kamarnya. Nasyrin menerpa masuk dan menuju ke almari abah, mencari sesuatu.
Emak berasa hairan dan menegur Nasyrin, "Nasyrin buat apa menggeledah almari abah?"
"Emak, Nasyrin mimpi abah. Dalam mimpi tu abah kata abah ada tinggalkan surat untuk Nasyrin."
"Nasyrin rindukan abah, ya?"
"Ya, mak. Tapi Nasyrin rasa mimpi Nasyrin ni betul. Sebelum ni tak pernah Nasyrin mimpi abah. Mak boleh tolong Nasyrin carikan surat abah tu?"
"Sekejap, mak ada teringat yang abah ada menyembunyikan sesuatu dalam almari ni. Tepi. Biar mak cari sekejap."
Akhirnya, emak terpegang sesuatu lalu dikeluarkan. Nasyrin tersenyum. Nasyrin membuka dan terus membaca surat yang bersaiz A4 itu.
'Buat tatapan anak abah yang disayangi. Terlebih dahulu abah mohon maaf atas pemergian abah yang terlalu cepat. Abah tahu Nasyrin malu dengan abah sebab Nasyrin banyak hutang pada abah. Tak pe, abah sudah halalkan semua. Abah tak berharap Nasyrin membalas semua yang pernah Nasyrin janji pada abah. Perkataan yang selalu abah guna sewaktu Nasyrin berjanji pada abah hanya untuk menaikkan semangat Nasyrin untuk menjadi orang yang berjaya. Dan sekarang Nasyrin sudah buktikan yang Nasyrin sudah berjaya cuma kurang bernasib baik.
'Nasyrin, abah selalu mendoakan anak-anak abah supaya menjadi seorang yang baik, taat pada perintah Allah dan mendapat pekerjaan yang baik. Mungkin Nasyrin belum mendapat pekerjaan kerana itu bukan pekerjaan yang baik untuk anak abah ini. Tapi kali ini, abah nak Nasyrin berjanji sama abah yang Nasyrin akan jaga emak dengan sebaik yang mungkin. Emak memang nampak tabah sebab tak mahu menunjukkan kesedihan di hadapan Nasyrin. Tak mahu melihat nasyrin semakin bersedih.
'Abah berharap sangat Nasyrin tidak meninggalkan solat lagi. Abah suka tengok Nasyrin rajin solat seperti dulu.Sejuk hati abah melihat anak-anak abah solat kerana anak-anak abahlah tiket abah dan emak ke jannah. Janji bersama abah, ya nak? Akhir kalam, Assalamualaikum. Abah sayang Nasyrin sepenuh hati abah walaupun abah tak pernah ungkapkan pada Nasyrin.'
Nasyrin melipat surat yang ditinggalkan oleh abahnya. Air matanya terus menderu laju. Nasyrin memeluk emak yang dari tadi duduk di sebelahnya. Emak juga mengalirkan air mata melihat anak bongsunya itu.
Setahun kemudian, Nasyrin menjadi seorang yang berjaya. Dia digelar usahawan berjaya di kampungnya dan mula terkenal di seluruh Malaysia. Nasyrin teringat akan kata-kata abahnya, "Mungkin Nasyrin belum mendapat pekerjaan kerana itu bukan pekerjaan yang baik untuk anak abah ini."

~copypaste www.iluvislam.com .. maaf krew2 iluvislam,nak share je ~ semoga bermanfaat :) InsyaAllah

Saturday, July 28, 2012

~Mencari Sinar Illahi~

Dalam kelam
aku mencari-cari
aku teraba-raba
aku berfikir
mana hilangnya sinar bahagia itu
yang selama ini telah lama ku nantikan
yang ku idamkan setelah sekian lama terkubur di kalbuku.



Tapi,
aku takkan berhenti berjalan
takkan pernah kenal erti jemu
takkan pernah kenal erti putus asa
kerna aku tahu
Dia yang selalu ada di sisiku
ya Dia
Dia yang tidak pernah sisihkan aku
tidak pernah tinggalkan aku dalam aku ingin mencari sinar ya Rabb
yang telah menjanjikan kebahagiaan untukku
yang sering mengabulkan segala permintaanku
di kala senang mahupun susah
Dialah TUHAN yang MAHA SATU
yang mencintai hamba-hambaNya sujud kepadaNya.


Ya Rabb,
Kini sinarmu kembali menerjah seluruh jasadku
aku kini kembali menjadi insan yang sentiasa mengingatiMu
yang hanya menyerah diri padaMu
sesungguhnya solatku ibadahku hidupku matiku hanya untukMu Ya Allah

Ya Rahman,
Kau telah tunjukkan sinar itu tika aku kebuntuan
Kau beri hamba hidayah yang tidak terhingga pada hambaMu ini
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih!!

Ya Rabbul Izzati
Engkau baik
Engkau adil
Engkau penyayang
Engkau pengasih
dan Engkau bersifat Asmaul Husna

Terima kasih untuk segala nikmatMu ya Allah
Jazakallah ya khair!! :)

# Semoga jalan dakwahku diredhai olehMu,wahai Pemilik Alam Semesta #

Thursday, June 28, 2012

22 hari lagi !!

Bismillahirahmannirahim !
Assalamualaikum sahabat saya sekalian :)

Harapnya hari yang indah ya ! InsyaAllah masih berkesempatan menjalankan tanggungjawab di atas muka bumi Illahi ini . Ok! 22 hari lagi . Apa tu? Ha,Ramadhan la . Akan tiba tak lama lagi . Wah! Orang-orang yang beriman bertaqwa pasti gembira tak terkata akan tibanya Ramadhan kali ini . InsyaAllah , Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum ini .

Bagi diri saya sendiri , memang la nikmat berpuasa tu kan? TAPI , nikmat makan semasa berbuka tu ! hee~
WAH! makanan penuh atas meja , air kalau boleh 2 3 gelas . kan? But , puasa bukan lah untuk makan2 je , bermewah-mewah berbuka puasa . Itu nafsu semata-mata .


Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar    bahawa
Nabi bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka

mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

Nah ! So , apa nak dikata di sini? Ha, maksudnya janganlah ingat nak makan je . Baca doa makan dulu and then doa la apa-apa hajat yang kalian nak Allah makbulkan . Pasal jodoh ke , rezeki ke , ilmu yang diberkati ke , and whatever la . Depend atas kalian ! 

Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab
al‐Sunan:

Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.


Ok . Harapan Ramadhan for Ramadhan yang bakal menjelma . Insya Allah puasa penuh bagi kaum Adam ya . Kaum Hawa , aduh ! faham-faham je lah . Dah tinggal , kena bayar hutang kat Allah . Jikalau tak , jawablah nanti di akhirat sana .


Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t.. Dalam erti kata lain setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepada‐Nya tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut.

Alright , setakat ini aja lah ya . Ada apa - apa yang terbaru akan saya kongsikan . InsyaAllah :)



Salam sayang dari NujmaHayati ^^




Friday, May 11, 2012

IstiQamah dalam perubaHan

puhhh...!! puuhHh!!
hai,berhabuk dah harta pusaka sy ni..hihi

eh,lupa.. ~ ASSALAMUALAIKUM 

maaf,tk perasan kalian di laman blog nih..hehe ^_^
rasanya dah lama sy tk post kat sni kan? hihi :)
takpa2,masih berkesempatan lagi bertemu dgn kalian 
sahabat2 yg disayangi.. ngee~

oke,sekarang ni sy ade kat rmh selama 5bulan..
alhamdulillah,sy dh tamat pembelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang..
mudah-mudahan result PSPM2 kali ini oke sikit dr PSPM1..
InsyaALLAH @_@

oke,jom kite istiqamah dalam melakukan perubahan time cuti yg
lama ni..
bagi pelajar2 matrik n UiTM la.. hihi
JOM pakat2 ubah persepsi diri ke arah kebaikan .. 

moh la kita sama2 ya ~ alahai,soleh laki kt atas tuh... 
alhamdulillah,cuti yg lama ni dpt sy manfaatkn join Alumni skolah sy

hihi.. (^_^) dpt jmpa adik2 junior je la.. haha
nak jd budak2 sikit.. ~.~

Subhanallah.. meke mmg terbaiikkk.. :)
suke sgt menyakat ore.. kikik.. oke,jom le weii

hehe :) nak jadi baik? ubahlah diri dlu kakak2 abang2 yeh~


jom la BERSIH hati kita dari dosa noda yeh ~ 
InsyaALLAH yeh.. :)

Alhamdulillah.... 
oke la,selamat bercuti..istiQamah dalam melakukan perubahan :)


Wednesday, April 4, 2012

Study Week di KMPh

Assalamualaikum,sahabat-sahabat ana semua.
maaf lama tak post ni blog yang punya banyak ilmu ni;
pada masa sama juga banyak kekurangan di blog ni;
InsyaAllah akan saya cuba sedaya upaya untuk mencantikkan blog ni;
^_^
ok,minggu ni ana ada study week for preparation PSPM2;
doakan ana ya (:
dan sahabat-sahabat ana juga di KMPh;

ni la sahabat-sahabat ana di KMPh (:

emm,pasti akan jadi kenangan. 
mereka ni semua sporting dan terlebih nakal 
macam kanak-kanak Ribena dah..hihi ;)

ok la,sekian dari ana muslimahsolehah

~PERJUANGAN ITU INDAH JIKA DIHAYATI~

‎"Jika kamu menuntut Ilmu dalam keadaan bersusah payah pasti kamu akan 
berjaya"~~~>Biiznillah....^_^

Ingatlah,segala ya hanya Dia kita serahkan;

~DOA itu senjata orang mukmin~


USAHA TANGGA KEJAYAAN ^_^


Umat Islam harus cemerlang.ok?

Assalamualaikum <3 iluvislam





Sunday, March 4, 2012

Kehidupan di KMPh akan berakhir tak lama lagi.

InsyaAllah,exam akan ku cuba buat yg terbaik :) 

nak tinggalkan room mate yg giler2 *_* maaf,kanak2 ribena 

hahaha ;)

mesti rindu kalian kan?

classmate yg menyakitkan hati tapi happy go lucky! :)

mis$ this moment 1 hr nnti :)

pensyarah2 yg happy ngajar anak muridnya

suka buat lawak,anak2 murid ya apatah lg kan?

emm,sayang dan rindu ..Itu yg mampu diluahkan :)

belajar kat sini mmg best,tkda stress dh sem2 ni :)

senang ja nak masuk dlm kpala otak ni hihi ^_^

akhir bulan 4 bulan yg terbaikk

nak keluar dri KMPh tuh!! huhu

pastu cuti 5 bulan.. WOW!

hebat..hebat..

ok la,sampai sini ja la

lama saya tk post kn?

hihi :)

Assalamualaikum