JellyPages.com

Wednesday, February 27, 2013

10 Pesanan Luqman al-Hakim kepada Anak-Anaknya



Pesanan 1 : " Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman dan layarnya adalah Tawakal kepada ALLAH."

Pesanan 2 : " Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga."

Pesanan 3 : " Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH."

Pesanan 4 : " Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman."

Pesanan 5 : " Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam."

Pesanan 6 : " Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH."

Pesanan 7 : " Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti."

Pesanan 8 : " Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat."

Pesanan 9 : " Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan."

Pesanan 10 : " Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberkan akibat yang berbahaya."




p/s : sekian dari saya! Semoga bermanfaat, ambil yang baik buang yang keruh :) 


Thursday, February 21, 2013

Kenapa you pilih Islam?


Firman Allah : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
 jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi 
saksi yang adil. Dan janganlah sekali-sekali kebencian kamu terhadap
 sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. 
Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat dengan takwa. 
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
(Surah Al-Maidah : ayat 8)


Sylvia : My family tak ada pegangan agama. Sejak kecil I tak diajar mengenal Tuhan. Kalau orang lain ada masjid, ada gereja, ada kuil dan ada tokong, kami tak ada. Bagi mereka, kekayaan itulah Tuhan yang menjaga mereka. I sedih dengan keadaan itu. Setiap tahun, bila orang lain ada perayaan agama, kami tidak ada. Daddy kata, kalau kita ada duit Tuhan ada bersama kita. So, dia cari duit dan kemewahan sebanyak-banyaknya. Dia rasa bangga dengan cara dia.

Mardina : Kalau macam tu, untuk apa you cari Tuhan? Bukankah you dah ada semuanya? Keluarga you pun dah ajar, kekayaan itu Tuhan.

Sylvia : Kerana I tak pernah rasa tenang dan aman walaupun hidup mewah. I rasa seperti ada satu kekurangan dalam hidup ini. Sperti ada satu ruang kekurangan dalam hidup ini. Sperti ada satu ruang dalam hati yang begitu kosong dan sepi. Seperti kita minum arak untuk tenangkan fikiran. Semasa kita mabuk, memang kita lupakan semuanya. Tapi selepas kita sedar, kita akan resah gelisah semula. Maknanya itu ketenangan yang sementara, bukan yang selamanya. I mencari ketenangan yang sebenar.

Mardina : Tapi kenapa Islam?

Sylvia : I dah belajar semua agama. Yang terakhir ini baru I belajar Islam. Selepas setahun I membaca dan mengkaji, ternyata hanya Islam yang lengkap dan sempurna. Dalam Islam ada sebab dan penyebab. Ada pencipta dan ada makhluk. Islam juga mengajar umatnya hidup dalam harmoni. Segala cara dan peraturan telah tersusun dengan baik dalam kitab al-Quran. Apa pendapat you Dina?

Mardina terpinga-pinga. Seumur hidupnya dia tak pernah sentuh al-Quran apatah lagi mahu menyentuhnya. Mardina kesal akan dirinya dan berasa dirinya naif dan daif. 

Sylvia : Dina, you beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. You ada al-Quran sebagai pedoman.

Mardina : Maksud you?

Sylvia : Maksud I, you dah ada jalan yang benar. You tak perlu nak tercari-cari macam I.

Jantung Mardina seperti disentap. Benarkah dia beruntung? Soalan itu muncul sendiri dalam fikirannya saat itu. 

Sylvia : Dina, you marah I?

Mardina : Tak..

Sylvia : Habis wajah you berubah? I'm sorry, Dina. I tak ada niat apa-apa.

Mardina : It's ok, but...

Sylvia : I faham Dina.

Mardina : Apa yang you faham?

Sylvia : You ada jalan yang lurus dan benar, tapi you tersasar dari jalan itu.

Diam. Mardina termenung. Dia ingin mengakui kebenaran kata-kata Sylvia itu. namun, dia malu dan tidak kuat untuk menyatakannya. 

Sylvia : Kembali ke pangkal jalan tidak sesusah membuka jalan yang baru Dina.

Mardina mendongak. Sylvia seperti sedang membaca apa yang ada di hatinya. Gadis berbangsa Cina kelahiran Singapura itu tersenyum, manis dan tulus.

Mardina : I... I...

Sylvia : Dina, you belum terlambat lagi. Kalau you nak hidup aman dan tenang, kembalilah ke jalan Islam. I baru belajar, tapi I dah rasakan keseronokannya. I dah rasa hidup yang sempurna, aman dan tenang. Keluarga you mesti bangga dengan you, Dina.

Mardina diam. Sebenarnya dia malu untuk berterus-terang dengan keadaan keluarganya. 

Mardina : Syl. can I ask you something?

Sylvia : Tanyalah...

Mardina : Keluarga you tak marah you pilih Islam? 

Sylvia : Tak. Mereka tak kisah. Mereka tak pernah ambil tahu agama apa yang anak-anak mereka ikut. Syaratnya cuma satu.

Mardina : Apa?

Sylvia : Mereka tak ke gereja, ke kuil, ke tokong, atau ke masjid. Mereka nak hidup cara mereka dan tidak mahu terlibat dengan cara hidup anak-anak. Mereka tak ada masa nak fikirkan hal Tuhan dan hal-hal yang berkaitan dengan mati.

Mardina mengeluh. 


# kini Sylvia bukan Sylvia yang dulu. Nama Islamnya Siti Fatimah Abdullah. Dia memberi amanah dan tanggungjawab kepada Mardina untuk mendirikan sebuah rumah kebajikan. Kini, damailah Siti Fatimah di alam sana. ALAM BARZAKH . Kini, Mardina telah balik ke Malaysia dan bermulalah jihadnya di sana untuk mengembalikan keluarganya ke landasan Islam yang sebenarnya. dipetik dari NOVEL JIHAD MARDINA.

Monday, February 18, 2013

Page Facebook sebagai -> Laman Ilmu

Alhamdulillah, saya dah create page saya! Walaupun x peymes kan? Takpe, niat kerana Allah. InsyaAllah, saya akan kongsi ilmu-ilmu yang saya tahu. :)  ni link dia


Sudi-sudi lah lawat page saya. InsyaAllah takda aral melintang, akan saya kongsikan ilmu sedikit sebanyak yang saya tahu. Al-maklumlah, time cuti je ada masa nak update ni semua. Lepas belajar,masuk sem 2 ni alamatnya busy la. Doakan saya for sem 2 ni. Banyak cabaran! 

Ok, noted! Saya cau dulu, sayang awak semua! :) 

Sunday, February 17, 2013

Crush Someone!

Amboi,pasai title ni laju je korang nak baca kan? emmm, i think i dah crush kat someone ni. Kat facebook la, dah lama saya crush kat dia ni. Haiihhh, macam mana x suka pada dia ni sbb suka kongsi status2 yg baik punya! And aku jatuh hati la kat dia, 1st time jatuh hati dalam facebook. Aduhaii, nujma! Kau ni xda kerja lain ke? Depan mata, xnak pulak suka kat orang tu. Al maklumlah, aku ni payah sikit nak suka kat seseorang, apalagi nak percaya sangat.. Ya Allah! Lagi lah tak. NO NO NO !! Jangan cari masalah,susah nanti. 

Anyway, aku berharap sangat suatu hari nanti aku akan bertemu dengan dia. InsyaAllah! :)
Setiap selesai solat, aku sering berdoa yang jodoh aku baik, beriman dan dapat terima diri aku ni seadanya!
'Allahumma Zukni Zaujan Sholehan'
macam tu la, sorry la xreti sangat nak translate Arab ke Malay ni. hahaha :D 


Haa, aku suka tengok Irma Hasmie ni. Ya Allah! SUngguh besar kekuasaanMu :)
Nak jodoh macam dia jugak. peace~


Awak, ingat ye! hehe :)  



InsyaAllah, Allah always in my heart <3 
saya tunggu awak, walaupun xkenal rupa awak. Harap kita akan berjumpa!


Ok,setakat tu je aku nak berdrama kat sini! :D 
Ya Allah, jika dia milikku Engkau satukanlah hati2 kami. Jika dia bukan milikku, redhakanlah
hati aku untuk menerima qada' dan qadarMu. AMinnn 





Tuesday, February 5, 2013

Hijrah ke arah kebaikan!

haa, ada apa dengan cinta ya ukhti ya akhi ? Adakah cinta kepada bf / gf ? Adakah cinta kepada artis Kpop? Adakah kepada pemuda-pemudi zaman sekarang yg lalai dan hidup hanya untuk dunia? Cinta kepada bunga, harta, duit, alat solek ? Astaghfirullah, itu semua x menjamin kebahagiaan ya ukhti ya akhi. Cinta yg selayaknya kita bagi hanya kepada Sang Pencipta, Allah S.W.T. AllahuAkbar, kita menghambakan diri kita kepada harta benda, artis dan seumpamanya. Mana letaknya Allah di hati kita?




Ya Allah! Sesungguhnya ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana Allah S.W.T. Itulah doa kita tiap2 hari dalam solat kita. Alhamdulillah, kita sudah mengaku diri kita hamba kepadaNya, segala2nya diserahkan kepadanya. :)

Kepada remaja-remaja di luar sana termasuk diri saya sendiri juga, janganlah kita leka, lalai, alpa dengan dunia yg hanya sementara ni. InsyaAllah, perbanyakkan amalan2 untuk bekal ke sana. Jangan hanya taksub kepada budaya Kpop tu, saya tahu ramai yg suka Korea ni. Maaf la andai saya kata, saya x suka Korea. hee~ peace :) Muka2 laki2 jambu tu, huh! bukan idaman saya, cewahhh~ 

Ok, jangan marah!! X salah pon nak tengok Korea tu, asalkan jaga solat, tutup aurat, x mengagung2kan Kpop tu sendiri dan ikut perintah Allah. Barulah 'osem' :)






JOM JADI BAIK! I WANT TO BE A BETTER MUSLIM :)  Dulu anda suka merompak, mengacau anak dara orang, xtutup aurat, derhaka and so on. And now, u must go with better own life (english broken). Asalkan faham,right! Ok,nak berubah tu kenalah berani. BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN KERNA ALLAH S.W.T. Jangan dengar kata orang, orang sekeliling memang x suka kita berubah ni. Nak2 berubah lebih dekat lagi kepada Allah. Jangan risau kawan2 pinggirkan anda,Allah kan ada. Selalu bersama orang2 yg bersabar. InsyaAllah syurga balasannya. Sayang ya ukhti ya akhi sebagai saudara seMuslim :* 




peace~ Jom jadi Baik :) and Alhamdulillah,ramai sekarang yg berubah ke arah kebaikan. Daripada yg xpakai tudung, pakai tudung. Daripada pakai tudung singkat, pakai tudung labuh. Daripada pakai tudung labuh, pakai purdah / burqa' . Alhamdulillah,itu semua kerna Allah :) Niat kerna Allah, hidup menjadi tenang :)