JellyPages.com

Thursday, February 21, 2013

Kenapa you pilih Islam?


Firman Allah : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
 jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi 
saksi yang adil. Dan janganlah sekali-sekali kebencian kamu terhadap
 sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. 
Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat dengan takwa. 
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
(Surah Al-Maidah : ayat 8)


Sylvia : My family tak ada pegangan agama. Sejak kecil I tak diajar mengenal Tuhan. Kalau orang lain ada masjid, ada gereja, ada kuil dan ada tokong, kami tak ada. Bagi mereka, kekayaan itulah Tuhan yang menjaga mereka. I sedih dengan keadaan itu. Setiap tahun, bila orang lain ada perayaan agama, kami tidak ada. Daddy kata, kalau kita ada duit Tuhan ada bersama kita. So, dia cari duit dan kemewahan sebanyak-banyaknya. Dia rasa bangga dengan cara dia.

Mardina : Kalau macam tu, untuk apa you cari Tuhan? Bukankah you dah ada semuanya? Keluarga you pun dah ajar, kekayaan itu Tuhan.

Sylvia : Kerana I tak pernah rasa tenang dan aman walaupun hidup mewah. I rasa seperti ada satu kekurangan dalam hidup ini. Sperti ada satu ruang kekurangan dalam hidup ini. Sperti ada satu ruang dalam hati yang begitu kosong dan sepi. Seperti kita minum arak untuk tenangkan fikiran. Semasa kita mabuk, memang kita lupakan semuanya. Tapi selepas kita sedar, kita akan resah gelisah semula. Maknanya itu ketenangan yang sementara, bukan yang selamanya. I mencari ketenangan yang sebenar.

Mardina : Tapi kenapa Islam?

Sylvia : I dah belajar semua agama. Yang terakhir ini baru I belajar Islam. Selepas setahun I membaca dan mengkaji, ternyata hanya Islam yang lengkap dan sempurna. Dalam Islam ada sebab dan penyebab. Ada pencipta dan ada makhluk. Islam juga mengajar umatnya hidup dalam harmoni. Segala cara dan peraturan telah tersusun dengan baik dalam kitab al-Quran. Apa pendapat you Dina?

Mardina terpinga-pinga. Seumur hidupnya dia tak pernah sentuh al-Quran apatah lagi mahu menyentuhnya. Mardina kesal akan dirinya dan berasa dirinya naif dan daif. 

Sylvia : Dina, you beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. You ada al-Quran sebagai pedoman.

Mardina : Maksud you?

Sylvia : Maksud I, you dah ada jalan yang benar. You tak perlu nak tercari-cari macam I.

Jantung Mardina seperti disentap. Benarkah dia beruntung? Soalan itu muncul sendiri dalam fikirannya saat itu. 

Sylvia : Dina, you marah I?

Mardina : Tak..

Sylvia : Habis wajah you berubah? I'm sorry, Dina. I tak ada niat apa-apa.

Mardina : It's ok, but...

Sylvia : I faham Dina.

Mardina : Apa yang you faham?

Sylvia : You ada jalan yang lurus dan benar, tapi you tersasar dari jalan itu.

Diam. Mardina termenung. Dia ingin mengakui kebenaran kata-kata Sylvia itu. namun, dia malu dan tidak kuat untuk menyatakannya. 

Sylvia : Kembali ke pangkal jalan tidak sesusah membuka jalan yang baru Dina.

Mardina mendongak. Sylvia seperti sedang membaca apa yang ada di hatinya. Gadis berbangsa Cina kelahiran Singapura itu tersenyum, manis dan tulus.

Mardina : I... I...

Sylvia : Dina, you belum terlambat lagi. Kalau you nak hidup aman dan tenang, kembalilah ke jalan Islam. I baru belajar, tapi I dah rasakan keseronokannya. I dah rasa hidup yang sempurna, aman dan tenang. Keluarga you mesti bangga dengan you, Dina.

Mardina diam. Sebenarnya dia malu untuk berterus-terang dengan keadaan keluarganya. 

Mardina : Syl. can I ask you something?

Sylvia : Tanyalah...

Mardina : Keluarga you tak marah you pilih Islam? 

Sylvia : Tak. Mereka tak kisah. Mereka tak pernah ambil tahu agama apa yang anak-anak mereka ikut. Syaratnya cuma satu.

Mardina : Apa?

Sylvia : Mereka tak ke gereja, ke kuil, ke tokong, atau ke masjid. Mereka nak hidup cara mereka dan tidak mahu terlibat dengan cara hidup anak-anak. Mereka tak ada masa nak fikirkan hal Tuhan dan hal-hal yang berkaitan dengan mati.

Mardina mengeluh. 


# kini Sylvia bukan Sylvia yang dulu. Nama Islamnya Siti Fatimah Abdullah. Dia memberi amanah dan tanggungjawab kepada Mardina untuk mendirikan sebuah rumah kebajikan. Kini, damailah Siti Fatimah di alam sana. ALAM BARZAKH . Kini, Mardina telah balik ke Malaysia dan bermulalah jihadnya di sana untuk mengembalikan keluarganya ke landasan Islam yang sebenarnya. dipetik dari NOVEL JIHAD MARDINA.

No comments:

Post a Comment

Jari-jari ComeL