JellyPages.com

Friday, November 6, 2015

Sudahkah Bersedia?

Haa, sentap tak? 
Aku yang baca ni pun sentap bak hang.
Yela, tengok kawan2 aku ada yang nak kahwin tunang la. Yang nak mendirikan rumah tangga tu bukan yang sebaya, ada yang muda setahun 2 tahun dari aku. Ya Allah, kuatkan iman aku. 

Tapi, aku syukur sangat sebab ada rezeki lain. Ada mak ayah, ada pelajaran, ada adik beradik, ada sahabat-sahabat yang support aku. Dan yang paling penting nikmat Iman & Islam tu sendiri.

Takpe Nujma, doa banyak-banyak. Insha Allah Allah mudahkan. Yang dah kahwin tunang semua tu mereka dah bersedia so Allah temukan mereka dengan ikatan yang sah. Allah tahu kau belum bersedia, Dia simpan jodoh kau tu dalam kerahsiaanNya. Yang penting, persediaan tu penting tau.
Jangan sesuka hati je tengok orang kahwin, kau jugak nak kahwin. Dalam sibuk nak buat persediaan kahwin tu, jangan lupa buat persediaan menemui ajal jugak deh. Jangan semata nak penuhi keinginan dunia sahaja.

Mak ayah kata habiskan belajar dulu kerja molek-molek baru boleh kahwin. And i was ' Ok mom dad. I'll follow as you wish.' Tapi, perasaan tu membuak-buak nak kahwin. Kahwin! Kahwin! Kahwin! Dan patutkah aku kahwin buat masa ni? Seandainya aku dah kahwin nanti, mampu ke aku jaga suami dan anak-anak nanti? Mampu ke aku jadi isteri yang solehah? Mampu ke aku harungi segala rintangan dalam rumah tangga? Mampu ke aku jadi menantu yang baik? Yang diidamkan? And i was thinking all about this. Sometimes, I need a space for me to think about my future. But, I got stressed.

So, apepon semua niat kerana Allah. Nak kahwin usia muda memang sangat-sangat dianjurkan. First, kena fikir kenapa nak kahwin? Second, bersediakah kita nak mengharungi halangan rintangan alam rumah tangga nanti? Third, solat kita macamna? Awal waktu ke? Apa sumbangan kita untuk Islam? Kalau sumbangan untuk Islam pun takda, jangan harap nak jadi suami/isteri yang baik. Semua ke laut. AllahuAkbar...


Lastly, think first before you take action for what you do. Make sure what you do it is for Islam. Let's make a change. Islam is my may of life.

p/s : Doakan saya dipermudahkan urusan jodoh saya :)  Saya dah usaha, moga ada jawapannya. Aminnn

No comments:

Post a Comment

Jari-jari ComeL