Ketika itu "aku" sentiasa mencuba meyakinkan Manis bahawa kerja sampingan sebagai penggunting rambut itu sumber rezeki tambahan mereka . Aku pula selalu memotong rambut Manis pendek dan hal ini tidak disenangi oleh Manis . Namun , Manis mula menyukai rambutnya yang pendek setelah menang dalam acara membawa bakul kacang di atas kepala semasa sukan di tadikanya .
"Aku" terasa bahawa semakin hari Manis semakin selesa berambut pendek . "Aku" teringat akan perwatakan Manis yang nakal semasa kecil . "Aku" merasakan bahawa Manis telah memahami pekerjaan "aku" sebagai penggunting rambut . Malah , Manis berbangga terhadap pekerjaan aku . Manis juga rajin membantu menyediakan kelengkapan untuk menggunting rambut . Dia turut membantu menyapu rambut yang bertaburan di tanah . Apabila berada di sekolah menengah , Manis turut mengekalkan rambut pendeknya . Setiap kali pulang bercuti dari asrama , pasti Manis akan meminta "aku" memotong rambutnya mengikut potongan yang terkini .
Namun , "aku" berasa sedih kerana sejak melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur , Manis jarang-jarang balik . "Aku' amat merindui Manis . "Sudah lapan bulan "aku" tidak menggunting rambut Manis . Lamunan panjang "aku" hari itu tiba-tiba terhenti apabila mendapat panggilan daripada kawan Manis . "Aku" diberitahu bahawa Manis menghidap leukemia dan kini terlantar di hospital .
Manis akhirnya menghembuskan nafas terakhir di ribaan "aku" . "Aku" menyatakan bahawa dia tidak akan meneruskan pekerjaannya itu lagi kerana pasti dia akan terkenangkan Manis apabila menggunting rambut .
Kasih sayang ayah dan mak tak berbelah bagi . .
Sayangi lah mereka (: :)
No comments:
Post a Comment
Jari-jari ComeL