JellyPages.com

Saturday, November 9, 2013

Nasihatnya membina diriku

Assalamualaikum.

Ya Allah! Sesungguhnya aku tak mampu mengharungi mehnah hidup ini. Kau berilah aku kekuatan ketabahan untuk mengharungi ujianMu ini ya Rabb. Ameenn

Ya, sedar kali ini aku ada buat kesilapan kali ketiga kepada orang yang aku sayangi. Ampuni daku ya Allah. Aku telah berjanji tetapi aku telah memungkirinya. Patut kah aku diberi peluang sekali lagi. Allah! Allah! Allah!

Sesungguhnya nasihatnya membina kembali semangatku bukan melemahkan atau menjatuhkan aku. Aku kuat kerna aku yakin Engkau ada ya Rabb. Terima kasih kerna Engkau mengingatkan aku tentang pentingnya maruah ini sekalipun di alam maya seperti FB, Twitter & Instagram.


Terima kasih kepada mereka yang menasihatiku tentang mahalnya maruah ini untuk dipertontonkan. Kepada si dia, maafkan sekali lagi kerna lupa pada janji yang telah diabaikan dan dilupakan. Diri ini sama sekali takmau melihat diri kamu kecewa dan bersedih akan sikapku. 

Percayalah, diri ini malu untuk berhadapan dengan kamu if jika kita bertemu. Allah, aku lagi malu untuk berhadapan denganMu, diri ini terlalu banyak dosa padaMu sehingga tak terhitung dek jari ini. 


Stop sampai sini sahaja, maaf salah silap. :)


Thursday, September 19, 2013

Degree Student


Rabbi Yassir Walaa Tuassir, Rabbi Tammim bil Khair. Hasbunallah Wane'mal Wakil.

Ya Allah, permudahkan urusan kami dan janganlah Engkau sulitkan ia. Sesungguhnya Allah sebaik-baik penolong.

Alhamdulillah, dah masuk Tahun Dua as Degree Student :) Syukur-syukur Allah.
Semoga semester ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah dengan izinnNya. Dan jangan lupa muhasabah diri akan semester yang lepas.

Allah! Allah! Dia Maha Mengetahui segalanya. Selagi saya jasad saya masih di sini, akan saya teruskan perjuangan sebagai pelajar, hamba Allah dan pejuang agama amar makruf nahi mungkar.

Tanggungjawab besar ni akan saya pikul. Semua hanbaNya adalah khalifah dan WAJIB menyebarkan dakwah Islam kepada yang tidak mengetahui. 

So, selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku (^_^)

Assalamualaikum dan renung2kan HlovateSays ni :) Muhasabah





Thursday, July 25, 2013

Reaching Your Heart to Dakwah


Assalamualaikum ebelibadi. Alhamdulillah, sekarang dah masuk Ramadhan ke-16 kan? Semua puasa penuh tak? Yang kaum Hawa takpelah, Allah dah bagi lesen percuma kat depa. Tapi, nak makan tu sorok2 la sikit, hormat orang yang berpuasa tu. 

Oke la, lama ana tak hapdet belog ni kan? Terasa kosong je, tak terisi apa-apa memori. And now, ana dah cuti sem. Taknak lah buang masa dengan aktiviti lagha je, nak juga ajak akhi ukhti ke arah kebaikan. Jangan duduk di tampuk lama lagi. Dunia semakin moden dengan alat canggih, takkan kita masih nak duduk tampuk Neolitik lagi. Ngeh3!! Hayya berubah! Dulu dan sekarang dah lain. Must Remember!

Ana nak bicara ni. Ades, macam dah dalam mahkamah nak bicara bagai. Oke la, antum tahu tak apa tu DAKWAH? 
DAKWAH

DAKWAH

DAKWAH

Semua tahu kan? Dakwah tu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Tapi sekarang masyarakat di luar sana pandang DAKWAH tu satu benda yang beban. Pandang dakwah hanya mereka yang bersekolah agama, tahfiz, tabligh, berkopiah, berjilbab labuh, berjubah and so on. Kemon la, jangan jumud sangat. 

Bagi ana, semua orang boleh berdakwah. Bukan mereka2 yang nampak baik bagi kalian. Contoh, seorang doktor boleh berdakwah juga. Bukan hanya mengubati pesakit sahaja, dalam pada itu juga doktor boleh sampaikan dakwah dengan caranya sendiri samada mengubati dengan cara yang telah digariskan oleh Islam. Boleh sampaikan dalam dalil atau hadis serta ubat2 yang Rasulullah anjurkan (madu). Madu adalah ubat untuk segala penyakit kecuali mati.

Dakwah tu tak semestinya kita pergi rumah ke rumah ajak orang lakukan kebaikan. BUKAN! Tidak sama sekali. Dalam dunia serba canggih ni, pelbagai cara boleh digunakan. Video, ceramah, pesbuk, twit twit and so on. Ana tengok ramai pemuda sekarang yang buat video nak sampaikan dakwah melalui media massa. Satu inisiatif yang bagus. Ana salute depa! Walaupun ana tak gheti nak dakwah cenggitu. Tapi ana cuba sampaikan dakwah tu melalui pesbuk or twit twit hajo. Pabila menggunakan lisan, ana cuba sehabis mungkin.

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran:104)

Dalam Al-Quran pun ada tau, Allah suruh tau. Jangan memain! Allah suruh ajak yang makruf dan cegah kepada yang mungkar. Jangan hanya tahu ajak yang baik saja tapi taknak cegah yang mungkar. Tak kena lah pada jalan dakwah kita tu. 

Nak dakwah ni, bukan semua orang suka kan? Sama lah seperti perjuangan Rasulullah dan para sahabat dulu, mereka sanggup berjuang bermati-matian nak Islam tu merebak ke negara lain. Kita? Nak berjuang dalam negara kita je pun, tu pun susah. Memang lah jalan dakwah tu penuh liku, onak duri tapi hasilnya sangat manis. MANIS sangaaaaattt!! Taknak ke masuk syurga Allah? Taknak ke mati syahid di jalan Allah? Taknak ke syafaat Nabi akhirat nanti? Allahurabbi!!

Nabi selalu dicaci, dimaki sebab orang Arab zaman tu taknak terima ajaran Baginda. Tapi Baginda sabar sampai dilempar batu sehingga berdarah pun Baginda sabar. Wahai pemuda, sanggup ke kita sabar seperti sabarnya Nabi SAW? Sanggup ke kita dicaci dihina seperti dahsyatnya Baginda dicaci dihina? Kita ni maki hamun balik apabila dicaci dihina kan? Mana sifat sabar seperti Baginda? Kata umat Nabi, tapi mana sifat sabar? 

Benarlah, perjuangan Nabi belum berakhir lagi. Kita generasi sekarang ni, kena teruskan perjuangan Nabi tu. Jangan goyang kaki je, teruskan berdakwah di jalan Allah. Biarlah mati syahid, janji Islam akan berakhir dengan kemenangan atas usaha kita.

Akhirat nanti, Allah tak tanya hasilnya pada usia muda kamu tapi Allah akan tanya mana perginya usaha pada usia muda kamu? Allah jadikan kita ni supaya kita beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah. Di Palestin, Syria tu mereka bermati-matian perjuangkan agama Allah, mati syahid di medan pertempuran. Kita? Kita tak mampu kan nak berjuang macam mereka tu, Allah tahu kita tak kuat lagi. Kita tak sanggup lagi nak mati syahid, cita-cita nak syahid tu takda lagi. AllahuAkbar! 

Ya Allah! Ana pun masih tak kuat lagi nak berjuang macam Palestin Syria tu. Tapi ana mahu mati syahid di jalan Allah sebab ana sebarkan dakwah. Sebarkan dakwah kepada masyarakat Malaysia ni. Ana taknak masyarakat Malaysia tandus dan kehilangan cahaya sebab takda yang sebarkan dakwah ni. Alhamdulillah, Malaysia masih aman kan? Tapi jika seseorang buat Allah murka, bukan dia seorang je kena. Allah timpakan bala atas semua orang, tak kira yang beriman ataupun tak. 

Pemuda, mari sama-sama sebarkan dakwah kepada masyarakat kita. Bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Barulah timbulnya masyarakat yang mengamalkan cara Islam bukan Barat. 

Allah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah, cita-cita kami tertinggi

Ana sedar selepas mereka di luar sana sedarkan ana, pentingnya dakwah ni. Dulu ana pandang dakwah ni satu benda yang remeh temeh tapi sekarang ana sedar. Kita sebagai pemuda kena jalankan dakwah, perjuangan Nabi. Now, Hayya Dakwah! Satu medan perjuangan bakal bermula. AllahuAkbar!

Yakin pada diri wahai pemudaku :) Jangan lemah, teruskan perjuanganmu. 
Istiqamah dalam jalan dakwahmu.

Dakwah is not about preaching hard, but it’s about reaching the heart 





Sunday, May 26, 2013

Ujian tu Tarbiyah dari Allah !

Ujian, ujian, ujian ! Tu tandanya Allah sayangkan kita, nak kita lagi dekat dengan Dia. Nak uji adakah iman kita berkurang or bertambah. Dengan Allah datangkan ujian pada kita barulah kita ni sedar diri sikit sebab banyak sangat dosa kita pada Dia, kita lupa pada Dia. Ala, Allah uji sikit je pun. Jangan nak poyo sangat la! Tu baru sikit, kalau Allah uji yang berat-berat gane pulak weh? #takenote

Oke, sebenarnya aku diuji. Kali ni Allah uji aku dengan program yang akan aku anjurkan ni, KURSUS PRA- PERKAHWINAN. AllahuAkbar, AllahuAkbar! Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya kepala hotak ni memikirkannya. Saat ni kertas kerja tak diluluskan lagi, tempat taktahu mana lagi nak cari and pembekal makanan mana nak cari? Aku buntu, buntu. U understeeennnddd?? :(

Ye lah, sekarang aku faham kenapa Allah uji aku macam tu sekali? Sebab aku banyak sangat buat silap pada Dia. Aku banyak dosa sesangat sangat sangat. Haa, tu diaaa!! Banyak tuhh, Allah Maha Mengetahui.

Tetiba hati aku ni terdetik, entah dari mana. Allah nak tunjuk and nak suruh aku baca buku HILAL ASYRAF - BATU BATA KEHIDUPAN. Nah kau! Sebijik setepek kena atas muka aku. Uisshh, sakitnya pedih hulu hati. Antara bait-baitnya : (cewahh)

Mungkin sahaja Allah tidak memudahkan urusan kehidupan kita 
adalah kerana kita melakukan maksiat dan
pengingkaran terhadapNya.

Kan? Nampak sendiri kan? Maksiat disitu bukanlah maksiat yang 'gitu gitu' cik abang cik kak. Maksiat disitu adalah seperti kita melakukan dosa-dosa kecil, macam tu haa. Jangan pandang perkataan 'maksiat' tu pada satu maksud je. Opss, tak marah la. Amaran je!! :D

KESUKARAN ADALAH TARBIYAH



Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci, dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah : 216)

Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (Asy-Syura : 30)


Moga-moga begitulah eh :)

p/s : Doakan ana dapat menjalankan Kursus Kahwin ni dengan jayanya ya. :) Segala kesilapan ana adalah silap ana sendiri yang tak gheti jaga nafsu, mata, mulut and so on. hihi  


Thursday, April 25, 2013

Cinta Semester 2013

Hep, hep :) Apa khabar blogger? Maaf la lambat update blog ana ni :) Anyway, ana dah belajar bahasa arab. So, kena la praktikkan kan? Nanti lama-lama lupa pulak ^_^ wehee~

Sebenarnya kan, ana nak cakap pasal C.I.N.T.A . Antum Antuna tahu? Ramai sahabat sahabat ana bercerita pasal kesah mereka ni. Al-maklum lah pasal cinta depa la :P Ana just mendengar ja, sahabat yang setia mesti la kena dengar walaupun tak beri apa2 pendapat. Pendengar yang setia la katakan :)

For me, tak salah kalian nak suka atau pun crush someone yang memang korang suka. Tapi, faham2 lah sendiri. Jangan sampai maruah anda dirobek2 dicabul dan seumpamanya. ngee~ Jodoh tak ke mana wahai akhi ukhti ku sekalian, if Allah dah tentukan jodoh kita. In shaa Allah, tak ke mana la. Tetap ada, walau di utara, selatan, barat, timur, kutub utara, kutub selatan, sebelah rumah, classmate, lecturer, or sebaliknya. Opss, terlebih sudaaa~ Betul la kan? Allah Maha Adil and Allah is very sweet and romantic :) Dia nak kita sebagai hamba hambaNya ada kesah tersendiri yang di sebaliknya ada hikmah :) So, don't be worry. Allah is always by your side, buddies.


Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah sebab Dia akan beri kita orang yang lebih baik lagi. Lagi satu, dari situ kita akan temui sebuah pengalaman yang bermakna dalam hidup kita and boleh mematangkan diri kita dengan kehadiran seseorang itu. Remember, pengalaman itu mematangkan fikiran dan diri kita. Oh, sebelum terlupa. Ana pernah terbaca satu statement ni yang berbunyi 'Jangan pernah menyesal mengenali seseorang itu sebab dia akan mengajar kita erti hidup, pengalaman and kematangan.' Lebih kurang macam tu la ;)

Allah, Allah, Allah!!! Memang perit pabila kita sukakan seseorang itu dalam diam tapi percayalah suatu hari nanti Allah temukan kita dengan si dia atau lebih baik lagi dari si dia. Jadi janganlah mengharap cinta manusia sangat.

Cintakan bunga, bunga kan layu.
Cintakan manusia, manusia kan mati.
Jadi, cintailah Allah yang hakiki.

Sangat bermakna kata2 tu. Jangan mengemis cinta duniawi, pada manusia. Itu semua takkan kekal. Kita ambil contoh, kita sukakan seseorang dalam diam and bila kita dapat tahu dia dah berpunya. Taken by someone :) Janganlah kuciwa, putus asa. Macam dia sorang laki/perempuan dalam dunia ni. Chill la sis/bro :)
Nak tenangkan hati awak, senang je. 'Astaghfirullah, selama ni ana telah zina hati pada dia. Takpe2, Allah nak uji ana je ni. Nak tengok sejauh mana perasaan ana dan cara kawal perasaan ana. AllahuRabbi :'( '



Haa, senang tak? Ya, ana tahu payah. Perit sangat tapi apakan daya, kena la cuba redha dan pasrah dengan takdir Allah. Yang bercinta tu dan hangat bercinta fikir2kan lah. Yang bercinta tapi frust menonggeng, jangan risau. Dah bertahun2 bercinta tapi tak ke jenjang pelamin takpe. Masih ada waktu lagi, jangan fikir kesunyian la tak rasa dihargai lagi :( takda sapa nak peduli pasal diri kamu. Ya Allah, jauh fikiran tu melayang eh :) Allah kan ada, family kan ada, close friends ada. Nak apa lagi? Cukup la tu, satu hari nanti pasti ada yang mengisi kesunyian awak tu, kekosongan awak tu (nak nyanyi lagu Najwa Latif pula rasa). 

Jiwang pula ana hari ni, ye la masing2 dah taken by him/her. Ana? Ana pon dah taken by him. Opss, sapa pula eh? jeng, jeng, jeng :) Nantikan kemunculannya pada hari perkahwinan ana. Fullamak! Ana nak kahwin? Asif asif, masih terlalu awal. Belajar dulu sampai habis degree! wehee~ Lepas degree boleh la kau nak kahwin, Nujma oi :P Tapi so sad, calon pun masih takda lagi. Bayang2 pon takda lagi, apatah lagi batang hidung nak nampak kan? :)

Ya Allah! Tak sangka panjang pula bebelan ana pasal CINTA ni. Nak kata pakar cinta, bukan lah tapi pakar komputer. haha, In shaa Allah :) 

Emm, oke la setakat ni aja bebelan murai ana hari ini. Nak berjelar2, satgi ada la yang terasa. Nak smash ana, nak sound ana. Oh, ana terima aja semburan dari anonymous yang sedang hangat bercinta. Ooyeaahh! ^_^

Akhir kata : Selamat Maju Jaya :) and doakan ana untuk 5 test selepas naik cuti midsem ni :'( Ana Uhibbukum Fillah. :-* 


p/s : sedih pula picture ni :( maal Salamah 
bebelan ana tak ada yang hidup dan yang mati.
Tapi sebagai ingatan dan muhasabah bersama :)
If salah, tolong betulkan. Sama2 menasihati






Friday, March 1, 2013

Wait Dungun! I'm Coming :)


Hari ni adalah last saya nak meninggalkan rumah kesayangan dan pergi berjihad di jalan ALLAH. Nak jihad demi menuntut ilmu, yang dahagakan assignment, quiz, test & exam. Amboii, pandai saya mengayat :)

Ya, inilah masanya saya nak buktikan pada dunia pada mama papa saya pada adik-adik, yang saya dah berada peringkat universiti. Bukan tadika lagi, sekolah rendah lagi, sekolah menengah lagi, matrikulasi lagi. Ya, saya dah peringkat yang ke 5. Wah! Bangganya saya. Oppss, tak baik riak. Bersyukur sebab ALLAH makbulkan doa hamba-hambaNya ni yang dulunya UPSR 1A je, PMR 4A je, SPM apatah lagi 3A saja. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Saya kini adalah saya yang baru, mahu berubah kepada yang lebih baik lagi.

Ok la, buat masa ni kalau nak tahu. Dari awal lagi saya dah bercita-cita nak masuk universiti. Saya fikir universiti ni hanya orang-orang yang pandai je yang masuk. And saya salah, sangkaan saya salah. hee~
Tu mana adil kan? Habis tu, orang yang kurang cerdik ni macam saya nak kerja apa nanti? hehehe

Enough, 'apa ntah aku melalut ni'. Anyway, saya nak cakap je. Lepas ni, saya dah masuk Semester 2 for my Degree :) Doakan saya berjaya tau, past exam ni dengan 3.0 above :'(  Semester 1 tak tercapai. Takpa, Nujma. Allah Maha Mengetahui. Sabar eh :)


Ok, saya sabar. Sebab ada Hadis kata macam ni :) Alhamdulillah, saya jumpa ketenangan dan Allah Maha Mengasihani :) Thank you ALLAH


Haa, banyak tak saya nak bawa balik Dungun ni :) hehe.. Sebenarnya banyak lagi, drawer lagi, kotak buku lagi. Macam-macam la, hehe ^_^  

Anyway, sem ni duduk rumah sewa. Ala, rumah teres je. Dan harganya ok la RM75 sahaja :) 
Ok la, cau dulu. Sekian!


WAIT DUNGUNNNNNNNN!!!!! 

Wednesday, February 27, 2013

10 Pesanan Luqman al-Hakim kepada Anak-Anaknya



Pesanan 1 : " Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman dan layarnya adalah Tawakal kepada ALLAH."

Pesanan 2 : " Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga."

Pesanan 3 : " Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH."

Pesanan 4 : " Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman."

Pesanan 5 : " Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam."

Pesanan 6 : " Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH."

Pesanan 7 : " Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti."

Pesanan 8 : " Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat."

Pesanan 9 : " Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan."

Pesanan 10 : " Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberkan akibat yang berbahaya."




p/s : sekian dari saya! Semoga bermanfaat, ambil yang baik buang yang keruh :) 


Thursday, February 21, 2013

Kenapa you pilih Islam?


Firman Allah : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu
 jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi 
saksi yang adil. Dan janganlah sekali-sekali kebencian kamu terhadap
 sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. 
Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat dengan takwa. 
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. 
(Surah Al-Maidah : ayat 8)


Sylvia : My family tak ada pegangan agama. Sejak kecil I tak diajar mengenal Tuhan. Kalau orang lain ada masjid, ada gereja, ada kuil dan ada tokong, kami tak ada. Bagi mereka, kekayaan itulah Tuhan yang menjaga mereka. I sedih dengan keadaan itu. Setiap tahun, bila orang lain ada perayaan agama, kami tidak ada. Daddy kata, kalau kita ada duit Tuhan ada bersama kita. So, dia cari duit dan kemewahan sebanyak-banyaknya. Dia rasa bangga dengan cara dia.

Mardina : Kalau macam tu, untuk apa you cari Tuhan? Bukankah you dah ada semuanya? Keluarga you pun dah ajar, kekayaan itu Tuhan.

Sylvia : Kerana I tak pernah rasa tenang dan aman walaupun hidup mewah. I rasa seperti ada satu kekurangan dalam hidup ini. Sperti ada satu ruang kekurangan dalam hidup ini. Sperti ada satu ruang dalam hati yang begitu kosong dan sepi. Seperti kita minum arak untuk tenangkan fikiran. Semasa kita mabuk, memang kita lupakan semuanya. Tapi selepas kita sedar, kita akan resah gelisah semula. Maknanya itu ketenangan yang sementara, bukan yang selamanya. I mencari ketenangan yang sebenar.

Mardina : Tapi kenapa Islam?

Sylvia : I dah belajar semua agama. Yang terakhir ini baru I belajar Islam. Selepas setahun I membaca dan mengkaji, ternyata hanya Islam yang lengkap dan sempurna. Dalam Islam ada sebab dan penyebab. Ada pencipta dan ada makhluk. Islam juga mengajar umatnya hidup dalam harmoni. Segala cara dan peraturan telah tersusun dengan baik dalam kitab al-Quran. Apa pendapat you Dina?

Mardina terpinga-pinga. Seumur hidupnya dia tak pernah sentuh al-Quran apatah lagi mahu menyentuhnya. Mardina kesal akan dirinya dan berasa dirinya naif dan daif. 

Sylvia : Dina, you beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. You ada al-Quran sebagai pedoman.

Mardina : Maksud you?

Sylvia : Maksud I, you dah ada jalan yang benar. You tak perlu nak tercari-cari macam I.

Jantung Mardina seperti disentap. Benarkah dia beruntung? Soalan itu muncul sendiri dalam fikirannya saat itu. 

Sylvia : Dina, you marah I?

Mardina : Tak..

Sylvia : Habis wajah you berubah? I'm sorry, Dina. I tak ada niat apa-apa.

Mardina : It's ok, but...

Sylvia : I faham Dina.

Mardina : Apa yang you faham?

Sylvia : You ada jalan yang lurus dan benar, tapi you tersasar dari jalan itu.

Diam. Mardina termenung. Dia ingin mengakui kebenaran kata-kata Sylvia itu. namun, dia malu dan tidak kuat untuk menyatakannya. 

Sylvia : Kembali ke pangkal jalan tidak sesusah membuka jalan yang baru Dina.

Mardina mendongak. Sylvia seperti sedang membaca apa yang ada di hatinya. Gadis berbangsa Cina kelahiran Singapura itu tersenyum, manis dan tulus.

Mardina : I... I...

Sylvia : Dina, you belum terlambat lagi. Kalau you nak hidup aman dan tenang, kembalilah ke jalan Islam. I baru belajar, tapi I dah rasakan keseronokannya. I dah rasa hidup yang sempurna, aman dan tenang. Keluarga you mesti bangga dengan you, Dina.

Mardina diam. Sebenarnya dia malu untuk berterus-terang dengan keadaan keluarganya. 

Mardina : Syl. can I ask you something?

Sylvia : Tanyalah...

Mardina : Keluarga you tak marah you pilih Islam? 

Sylvia : Tak. Mereka tak kisah. Mereka tak pernah ambil tahu agama apa yang anak-anak mereka ikut. Syaratnya cuma satu.

Mardina : Apa?

Sylvia : Mereka tak ke gereja, ke kuil, ke tokong, atau ke masjid. Mereka nak hidup cara mereka dan tidak mahu terlibat dengan cara hidup anak-anak. Mereka tak ada masa nak fikirkan hal Tuhan dan hal-hal yang berkaitan dengan mati.

Mardina mengeluh. 


# kini Sylvia bukan Sylvia yang dulu. Nama Islamnya Siti Fatimah Abdullah. Dia memberi amanah dan tanggungjawab kepada Mardina untuk mendirikan sebuah rumah kebajikan. Kini, damailah Siti Fatimah di alam sana. ALAM BARZAKH . Kini, Mardina telah balik ke Malaysia dan bermulalah jihadnya di sana untuk mengembalikan keluarganya ke landasan Islam yang sebenarnya. dipetik dari NOVEL JIHAD MARDINA.

Monday, February 18, 2013

Page Facebook sebagai -> Laman Ilmu

Alhamdulillah, saya dah create page saya! Walaupun x peymes kan? Takpe, niat kerana Allah. InsyaAllah, saya akan kongsi ilmu-ilmu yang saya tahu. :)  ni link dia


Sudi-sudi lah lawat page saya. InsyaAllah takda aral melintang, akan saya kongsikan ilmu sedikit sebanyak yang saya tahu. Al-maklumlah, time cuti je ada masa nak update ni semua. Lepas belajar,masuk sem 2 ni alamatnya busy la. Doakan saya for sem 2 ni. Banyak cabaran! 

Ok, noted! Saya cau dulu, sayang awak semua! :) 

Sunday, February 17, 2013

Crush Someone!

Amboi,pasai title ni laju je korang nak baca kan? emmm, i think i dah crush kat someone ni. Kat facebook la, dah lama saya crush kat dia ni. Haiihhh, macam mana x suka pada dia ni sbb suka kongsi status2 yg baik punya! And aku jatuh hati la kat dia, 1st time jatuh hati dalam facebook. Aduhaii, nujma! Kau ni xda kerja lain ke? Depan mata, xnak pulak suka kat orang tu. Al maklumlah, aku ni payah sikit nak suka kat seseorang, apalagi nak percaya sangat.. Ya Allah! Lagi lah tak. NO NO NO !! Jangan cari masalah,susah nanti. 

Anyway, aku berharap sangat suatu hari nanti aku akan bertemu dengan dia. InsyaAllah! :)
Setiap selesai solat, aku sering berdoa yang jodoh aku baik, beriman dan dapat terima diri aku ni seadanya!
'Allahumma Zukni Zaujan Sholehan'
macam tu la, sorry la xreti sangat nak translate Arab ke Malay ni. hahaha :D 


Haa, aku suka tengok Irma Hasmie ni. Ya Allah! SUngguh besar kekuasaanMu :)
Nak jodoh macam dia jugak. peace~


Awak, ingat ye! hehe :)  



InsyaAllah, Allah always in my heart <3 
saya tunggu awak, walaupun xkenal rupa awak. Harap kita akan berjumpa!


Ok,setakat tu je aku nak berdrama kat sini! :D 
Ya Allah, jika dia milikku Engkau satukanlah hati2 kami. Jika dia bukan milikku, redhakanlah
hati aku untuk menerima qada' dan qadarMu. AMinnn 





Tuesday, February 5, 2013

Hijrah ke arah kebaikan!

haa, ada apa dengan cinta ya ukhti ya akhi ? Adakah cinta kepada bf / gf ? Adakah cinta kepada artis Kpop? Adakah kepada pemuda-pemudi zaman sekarang yg lalai dan hidup hanya untuk dunia? Cinta kepada bunga, harta, duit, alat solek ? Astaghfirullah, itu semua x menjamin kebahagiaan ya ukhti ya akhi. Cinta yg selayaknya kita bagi hanya kepada Sang Pencipta, Allah S.W.T. AllahuAkbar, kita menghambakan diri kita kepada harta benda, artis dan seumpamanya. Mana letaknya Allah di hati kita?




Ya Allah! Sesungguhnya ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana Allah S.W.T. Itulah doa kita tiap2 hari dalam solat kita. Alhamdulillah, kita sudah mengaku diri kita hamba kepadaNya, segala2nya diserahkan kepadanya. :)

Kepada remaja-remaja di luar sana termasuk diri saya sendiri juga, janganlah kita leka, lalai, alpa dengan dunia yg hanya sementara ni. InsyaAllah, perbanyakkan amalan2 untuk bekal ke sana. Jangan hanya taksub kepada budaya Kpop tu, saya tahu ramai yg suka Korea ni. Maaf la andai saya kata, saya x suka Korea. hee~ peace :) Muka2 laki2 jambu tu, huh! bukan idaman saya, cewahhh~ 

Ok, jangan marah!! X salah pon nak tengok Korea tu, asalkan jaga solat, tutup aurat, x mengagung2kan Kpop tu sendiri dan ikut perintah Allah. Barulah 'osem' :)






JOM JADI BAIK! I WANT TO BE A BETTER MUSLIM :)  Dulu anda suka merompak, mengacau anak dara orang, xtutup aurat, derhaka and so on. And now, u must go with better own life (english broken). Asalkan faham,right! Ok,nak berubah tu kenalah berani. BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN KERNA ALLAH S.W.T. Jangan dengar kata orang, orang sekeliling memang x suka kita berubah ni. Nak2 berubah lebih dekat lagi kepada Allah. Jangan risau kawan2 pinggirkan anda,Allah kan ada. Selalu bersama orang2 yg bersabar. InsyaAllah syurga balasannya. Sayang ya ukhti ya akhi sebagai saudara seMuslim :* 




peace~ Jom jadi Baik :) and Alhamdulillah,ramai sekarang yg berubah ke arah kebaikan. Daripada yg xpakai tudung, pakai tudung. Daripada pakai tudung singkat, pakai tudung labuh. Daripada pakai tudung labuh, pakai purdah / burqa' . Alhamdulillah,itu semua kerna Allah :) Niat kerna Allah, hidup menjadi tenang :)