Di sini saya nak kongsikan pada kalian semua CIRI-CIRI PAKAIAN MUSLIMAH..hehehe...Saja nak kongsika pada muslimah-muslimah di luar sana...Enjoy k ! =)
Di bawah ni ada menyebutkan sifat-sifat pakaian wanita muslimah yang telah dijelaskan oleh Al-Quran,Hadis dan pendapat kebanyakan para fuqaha:
1. Pakaian harus menutup aurat
Janganlah wanita-wanita menampakkan sedikit pun dari perhiasan mereka kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin disembunyikan.Ibnu Mas'ud r.a berkata,"Maksudnya ialah kerudung yang biasa dikenakan wanita-wanita Arab di atas pakaiannya,serta bahagian-bahagian bawah pakaiannya yang tampak,maka hal itu bukan dosa baginya disebabkan ia termasuk bahagian yang tidak mungkin disembunyikan."
Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :
"Pada akhir ummatku nanti akan datang wanita-wanita yang berpakaian namun hakikatnya telanjang.Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol (pundak unta).Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."
Dalam hadis lain terdapat beberapa tambahan:
"Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium harumnya meskipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian."
Apa yang dimaksud dalam hadis itu ialah kaum wanita yang mengenakan pakaian tipis,yang dapat menggambarkan bentuk tubuh badannya yang juga tidak dapat menutup atau menyembunyikannya.Mereka tetap berpakaian akan tetapi hakikatnya telanjang.
Dari Ummu Alqamah bin Abu Alqamah berkata,"Saya pernah mengunjungi Aisyah r.a dengan mengenakan khimar (kain kerudung) tipis yang dapat menggambarkan pelipisnya,lalu Aisyah pun tidak berkenan melihatnya dan berkata,'Apakah kamu tidak tahu apa yang telah diturunkan Allah dalam surah an-Nur?'kemudian Aisyah r.a mengambil khimar untuk dipakaikan kepadanya."
Oleh kerana itulah para ulama berkata, "Diwajibkan menutup aurat dengan pakaian yang tidak mensifati warna kulit,iaitu pakaian yang cukup tebal atau yang terbuat dari kulit.Mengenakan pakaian yang masih menampakkan warna kulit (misalnya dengan pakaian yang tipis) tidak diperbolehkan,kerana hal itu tidak dapat menutupi aurat."
3. Pakaian tidak terlalu sempit atau ketat
Pakaian tidak terlalu sempit atau ketat,dan harus dapat menutupi bahagian tubuh yang berupaya merangsang nafsu lelaki yang melihatnya.Usamah bin Zaid r.a pernah berkata,"Rasulullah s.a.w memberiku baju Qibtiyah yang tebal (biasanya baju Qibtiyah tipis) yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Kalabi kepada baginda.Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku.Nabi s.a.w bertanya kepadaku,"Mengapa engkau tidak mengenakan baju Qibtiyah?"."Aku pakaikan baju itu kepada isteriku,' jawabku. Rasulullah s.a.w bersabda, "Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik baju Qibtiyah itu,kerana saya khuatir baju itu masih tetap menggambarkan bentuk tulangnya."
Apa nak jadi ntah....Emm
4. Pakaian biasa yang lazimnya tidak dipakai sebagai perhiasan,tidak terlalu berwarna cerah,tetapi harus berwarna gelap (hitam atau kelabu misalnya) sehingga tidak merangsang lelaki yang melihatnya.Dalam Tafsir Ibnu Katsir,pakaian wanita ketika mereka keluar rumah pada
zaman Nabi s.a.w berwarna hitam.
Tak terlalu terang kan?
hihi ... Komen2
Sesungguhnya,apa yang dimaksudkan dengan perintah mengenakan jilbab ialah bertujuan menutupi perhiasan wanita.Dengan demikian,adalah suatu yang tidak masuk akal seandainya jilbab itu sebaliknya berfungsi sebagai perhiasan yang ditunjuk-tunjukkan,seperti yang dapat anda saksikan saat ini.Oleh kerana itu Imam Dzahabi dalam Kitab al-Kabair mengatakan, "Di antara perbuatan yang menyebabkan wanita mendapat laknat ialah:menampakkan perhiasan,emas, dan mutiara yang berada di bawah niqabnya ;memakai wewangian seperti misk,anbar dan tibb ; apabila keluar rumah ,memakai berbagai kain celupan;memakai pakaian sutera;memanjangkan baju, dan melebarkan serta memanjangkan lengannya.Semua ini adalah termasuk amalan tabarujj yang dimurkai Allah s.w.t dan pelakunya dimurkai samada di dunia atau di akhirat.Rasulullah s.a.w bersabda, "Saya melihat neraka dan saya lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita."Dalam hadis lain,Rasulullah s.a.w bersabda :
"Ada tiga golongan yang tidak akan ditanya,iaitu seorang lelaki yang meninggalkan jemaah atau menderhakai imamnya serta meninggal dalam keadaan derhaka;seorang hamba wanita atau lelaki yang ditinggal pergi oleh suaminya,padahal suaminya telah mencukupi keperluan duniawinya,namun setelah itu ia bertabarujj .Ketiganya tidak akan ditanya."
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, maksudnya :
"Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." Dari Ibnu Abbas r.a berkata : "Nabi s.a.w melaknat lelaki yang bertingkah laku seolah-olah wanita dan kaum wanita yang bertingkah laku seolah-olah seperti lelaki.Baginda bersabda,keluarkanlah mereka dari rumah kamu." Nabi s.a.w mengeluarkan si Fulan dan Umar r.a pun mengeluarkan si Fulan."
Dari Abdullah bin Amr r.a berkata, 'Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak termasuk golongan kami wanita yang menyerupakan diri dengan kaum lelaki dan kaum lelaki yang menyerupai diri dengan kaum wanita."
Hadis-hadis di atas mengisyaratkan mengenai pengharaman tindakan wanita yang menyerupai kaum lelaki,dan demikian juga sebaliknya.Hal ini bersifat umum,meliputi masalah pakaian dan lainnya,kecuali hadis pertama yang hanya khusus membincangkan hukum dalam masalah pakaian.
Kalian percaya tak ni lelaki..
haa..ni la pondan paling cantik di dunia... =)
6. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir
Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum,maka ia termasuk golongan itu."
Hadis di atas menyatakan bahawa apabila kita meniru-niru perbuatan suatu kaum,maka kita akan digolongkan kepada kaum itu.Hal itu juga berlaku dalam masalah pakaian,jika seorang wanita meniru-niru gaya pakaian wanita orang-orang kafir,maka ia termasuk ke dalam golongan itu.
Pakaian Muslimah atau Kafir ni?
7. Jangan sesekali memberi wewangian yang berlebihan,demikian juga tubuh wanita,kerana bau-bauan dapat merangsang nafsu lelaki asing.
Dari Abu Musa al Asy'ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Siapapun wanita yang memakai wangi-wangian,lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapatkan baunya,maka ia adalah penzina."
Dalam hadis lain disebutkan :
"Jika salah seorang di antara kamu (kaum wanita) keluar menuju masjid,maka janganlah sekali-kali (memakai) wangi-wangian :
Adapun alasan larangan kaum wanita memakai wewangian adalah jelas,iaitu hal yang demikian itu dapat membangkitkan nafsu dan keinginan syahwat lelaki yang bukan mahramnya.Bahkan ulama menyertakan perkara lainyang mempunyai implikasi yang sama dengannya seperti pakaian indah,perhiasan yang tampak,dan barang-barang kemas yang mewah serta perbuatan ikhtilat (bercampur baur tanpa batasan) antara kaum wanita dengan kaum lelaki.
Pada zaman jahiliyah dahulu,wanita-wanita Arab biasanya menampakkan aurat mereka sebagaimana yang juga dilakukan berleluasa oleh wanita masa kini.Ada di antara mereka yang berkerudung menutup kepala dan leher belakang,tetapi menampakkan wajah,leher depan dan dada. Astagfirullah!
Nampak dada dan leher kan?
Tak elok tau....
p/s : saya hanya berkongsi ilmu dengan anda.. Hanya copy ja.. Maaf! Perlu komen dari anda semua... Assalamualaikum.... =)
No comments:
Post a Comment
Jari-jari ComeL