"Tipah tertipu bang!"
"Ujang juga terpedaya bang!"
"Kenapa pulak jadi begitu?"
"Sesal kemudian kan tidak berguna."
"Oh,mungkin kerana tertipu dan terpedaya dengan madah-madah berhelah kot?"
"Zaman remaja harus kita nikmati dengan keseronokan."
"Eh,ini kata-kata siapa?"
"Masa muda la kita nak enjoy.Bila dah tua,barulah kita dekatkan diri dengan sejadah dan masjid."
"Ewah...Ewah...Persoalannya sempat tua ke?"
"Muda hanya sekali.Jangan membazir,puaskanlah nafsu."
"Faktanya muda atau tua,nafsu tidak akan pernah puas.Betul kan?"
"Betul juga."
"Renungkanlah : Allah S.W.T suka orang yang beribadat."
"Benar"
"Tapi,Dia lebih suka lagi bila orang muda yang beribadat."
"Tersangatlah benar."
"Allah S.W.T sangat suka orang yang bertaubat."
"Sahih."
"Tetapi,Dia tersangatlah suka bila orang muda yang bertaubat."
"Sememangnya sahih."
"Allah S.W.T akan memberikan perlindungan di bawah bayangan rahmat-Nya di padang mahsyar kepada tujuh golongan manusia.Salah satu daripadanya ialah pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah."
"Memang tidak syak lagi."
Justeru wahai remaja.Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai perantau atau pengembara.Jika kamu berada di waktu petang jangan ditunggu sampai pagi.Jika kamu berada di waktu pagi jangan ditunggu sampai petang.Maka gunakanlah peluang masa sihat kamu,sebelum datangya sakit.Dan gunakanlah masa hidup,sebelum tibanya maut.
Klik ni nak tengok video! =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Jari-jari ComeL