Tidak mengabaikan solat,puasa,mengaji al-Quran,rajin ke masjid dan sebagainya.Bukan tujuan menunjuk-nunjuk,tetapi dibiasakan sebagai amalan.Merasakan Allah s.w.t ada melihat dan mengawasi.Sekiranya kita hampir atau melakukan kesalahan,mereka berusaha mencegah dan menasihati.
Menjaga hubungan dengan manusia
Menjaga tutur kata,tidak suka merapu,lebih suka bercakap perkara yang berfaedah,sentiasa bercakap benar,menepati bila berjanji,hormat kepada orang lebih tua,bersama-sama ingat-mengingati tentang pelajaran,merancang aktiviti yang sihat dan sebagainya.
Menjaga agama dan kehormatan diri
Memiliki rasa malu untuk berperangai tidak senonoh,tidak bersikap gedik atau menonjol diri,sebaliknya menjaga aurat dan menjaga diri daripada pergaulan bebas.Pendek kata,pandai menjaga maruah diri dan keluarga.
Taat kepada ibu bapa
Sentiasa taat,hormat dan mendengar kata ibu bapanya.Tidak sekali-kali melawan cakap ibu bapa,di mana mereka tahu akan dosa anak ynag derhaka.Di samping itu menghormati mereka yang lebih tua,seperti abang atau kakak dan mengasihi mereka yang muda yakni adik-adiknya.
Bercita-cita tinggi
Selain rajin beribadah,mereka juga rajin belajar dan mencintai ilmu pengetahuan.Ilmu-ilmu yang baik itu pula dikongsi bersama kawan-kawan,dalam mencapai masa depan yang cemerlang.
Bijak mengurus masa
Kawan-kawan yang baik ialah mereka yang tidak suka membuang masa.Masa lapang diisi dengan aktiviti berfaedah.Masa terluang diisi dengan membantu emak dan ayah di rumah.
Tidak mementingkan diri sendiri
Mereka yang menjaga hak dan keperluan kawannya,dan tidak hanya mementingkan dirinya sendiri.Jika ada lebih,sama-sama bertanggungjawab dan jika ada yang bermasalah sama-sama menolong meringankan beban kawan.
30 Disember 1993 Computational Mathematics SL1M Trainee PNB Never compare your life story with those in the movies, because they are written by scriptwriters, and yours is written by Allah.
ana berterima kasih pada kalian semua...dan izinkan ana berkongsi ama sahabat2 ana...puisi anta amat ana kagumi...syukron jazillan
ReplyDelete