JellyPages.com

Monday, April 18, 2011

Vaksin Putus Cinta








Kalau pasangan kita senang saja nak memutuskan hubungan,itu tandanya dia sememangnya bukan pasangan yang sesuai bagi kita.Akalnya juga mungkin singkat.Bergaduh mengenai hal yang remeh temeh,terus mengambil keputusan memutuskan hubungan,itukan akal pendek!


Sedihnya apabila putus cinta.Kita faham cinta sememangnya rencah kehidupan remaja.Tetapi,bagaimana hendak menghadapi putus cinta?


Hello,bukankah ramai lagi orang yang menyayangi diri kita?Orang dulu-dulu pun selalu cakap,bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.Apa yang dapat kita lakukan?


PERTAMA : Fikir positif.Jangan sampai emosi menguasai diri.Belajar tetap belajar.Kita juga ada tanggungjawab lain yang lebih penting daripada bekas kekasih.Adakah masa depan kita terletak di tangan kekasih kita?Jangan jadi bodoh kerana cinta.Buka mata dan minda.


KEDUA : Apa yang berlalu,biarlah berlalu.Mungkin jodoh kita bukan dengannya.Kita perlu lebih melangkah ke hadapan.Apa gunanya mengundur ke belakang?


KETIGA : Jangan menyendiri.Duduk termenung berseorangan selalu menjadikan kita berfikir yang bukan-bukan.Bahkan ia selalu mengundang kesedihan dan kemurungan.Bukankah lebih baik kita mendampingi kawan-kawan,ibu bapa ataupun adik-adik yang dapat menghiburkan hati kita.Jangan salah sangka,berteman tidak semestinya berpasangan.Orang lain pun dapat menghiburkan hati kita asalkan kita bersikap terbuka.


KEEMPAT : Teruskan persahabatan.Bak kata orang,bercinta tidak semestinya memiliki.Kita mungkin belum berkemampuan memiliki seseorang.Mungkin itu sebabnya cinta kita selalu gagal.Tidak salah sekiranya kita sayangkan perhubungan,lantas kita membina persahabatan yang tidak mengongkong.Ini adalah cara yang lebih baik.


KELIMA : Jangan tutup pintu hati.Ungkapan, "Aku takkan mencintai lelaki", ataupun  "Aku sudah berputus asa dengan wanita", dan "Semuanya sama!" adalah ungkapan yang hanya dipengaruhi emosi,bukan akal fikiran.Jangan lupa masih banyak   
pintu yang masih terbuka.Adalah merugikan sekiranya kita menunggu di pintu yang tertutup sedangkan di sebelahnya masih banyak lagi yang terbuka buat kita.


KEENAM : Bersihkan hati.Penyakit-penyakit hati seperti dendam,sedih dan dengki perlu dibuang kerana ia merosakkan diri.Tiada untungnya berdendam dan dengki.Bekas pasangan kita tidak merasa apa-apa pun.Sekiranya kita bersedih tetapi dia masih mampu ketawa,itu bermakna kita hanya diperbodoh-bodohkan.Sekiranya gejala-gejala ini wujud,ia datangnya daripada diri kita sendiri.Maka diri sendiri juga yang sepatutnya dapat menghilangkannya.


KETUJUH : Ubah penampilan diri.Ubah kepada 'style' yang baru supaya dapat merasakan kita sudah memulakan hidup baru yang lebih baik dan bijak berbanding sebelumnya.Ubahlah 'stail' rambut,berpakaian ala tradisional ataupun sebagainya.Ia pastinya unik dan melegakan diri kita.Putus cinta bukan permulaan bagi kita berubah daripada keadaan yang baik sewaktu bercinta kepada keadaan yang lebih buruk selepas itu.Mengapa kita mahu kelihatan smart ataupun cantik sewaktu bercinta sahaja?Sedangkan ia adalah identiti diri walau apa jua keadaan kita.


KELAPAN : Sayang diri sendiri.Jangan abaikan kesihatan diri.Penampilan diri sepatutnya labih baik kerana ia membangkitkan semangat semula.Sekiranya kita merasakan cinta itu menghancurkan banyak harapan dan komitmen yang pernah kita korbankan,anggaplah hidup kini ibarat tunas yang baru tumbuh daripada sebatang pohon yang tumbang.Tidak perlu hendak merosakkan,menyeksa diri dan merana kerana cinta yang tidak kesampaian.Perjalanan hidup kita masih jauh.Usah sia-siakan hidup semata-mata hanya kerana putus cinta.


TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment

Jari-jari ComeL