JellyPages.com

Sunday, April 17, 2011

Dulu budak lagi,Sekarang dah lain!

Assalamualaikum...Rasanya lama sudah saya tak post kat blog ni ya..Maaf atas sebab-sebab tertentu ya.. =) Saya rindu kalian dan sayang yang sudi dan setia menziarahi blog saya.. Sekarang , jom kita baca ungkapan 'dahulu' dan 'sekarang'.


Ungkapan 'dahulu' akan kita labelkan bagi zaman kanak-kanak dan ungkapan 'sekarang' kita labelkan pula bagi zaman remaja yang sedang kita alami.Mari kita bandingkan bersama-sama!




DAHULU : Tubuh badan kita kecil molek.Kelihatan comel apabila berlari-lari,bermain dan terlompat-lompat riang.Orang-orang di sekeliling bertepuk tangan melihat kita menari-nari dan bermain di hadapan mereka.


SEKARANG : Kita sudah meningkat remaja.Tubuh badan semakin membesar.Jika hendak bermain-main dan terlompat-lompat,cuba lihat dahulu bagaimana rupanya bertingkah laku sedemikian di hadapan cermin.Silap-silap,orang tidak sanggup tengok!Oleh itu,apabila sudah meningkat remaja,tingkah laku kita juga perlu semakin dewasa.Gerak geri perlu bersesuaian dengan rupa dan tubuh badan kita yang semakin membesar dan matang.


DAHULU : Tubuh badan kita rata.Belum tumbuh anggota-anggota yang menonjol.Kemaluan dan anggota seksual kita juga masih bersaiz kecil dan belum ditumbuhi apa-apa.Bau kita pun wangi kerana peluh kita masih belum berbau.


SEKARANG : Bentuk tubuh berubah.Anggota yang dahulu tidak kelihatan,kini semakin menonjol.Itu tandanya,kita perlu  lebih berhati-hati memilih pakaian supaya menutup aurat.Jangan sampai jadi santapan enak pandangan mata orang lain.Bau badan kita juga mula timbul apabila berpeluh.Kebersihan juga perlu lebih dijaga.Jangan sampai kawan-kawan sendiri pun tidak sanggup mendekati kerana bau 'paing' ataupun berpenampilan 'selekeh'.


DAHULU : Fikiran belum matang.Apa yang dimahukan,kita wajibkan supaya ia dipenuhi.Setiap tindakanlebih cenderung bagi memenuhi kehendak emosi dan nafsu.Apabila tidak dapat,kita mudah menghentak-hentak kaki dan menangis.


SEKARANG : Masih menangis dan hentak-hentak kaki lagi?Kini cara berfikir kita mula berubah.Berfikir perlu lebih cenderung mengikut pertimbangan akal.Bukan menurut emosi dan perasaan.Setiap percakapan dan tindakan perlu difikirkan terlebih dahulu.Fikir sebelum cakap,fikir sebelum buat!


DAHULU : Pakai pakaian apa pun cantik dan comel.Aktiviti kita lasak sampaikan ibu bapa pakaikan kepada kita seluar pendek dan sebagainya.Orang pun tidak ambil kisah sangat dengan pakaian kita.Maklumlah,kanak-kanak!


SEKARANG : Bagi wanita,tubuh badan menjadi semakin cantik.Bagi lelaki pula,tubuh berubah semakin tegap.Oleh itu,kita perlukan pakaian yang kemas.Berpakaian pun perlu mengikut kesesuaian keadaan.Apabila ke masjid,pakailah songkok.Sekiranya ke majlis orang,hormatilah etika berpakaian.Apabila bersukan,pakailah baju sukan.Begitu juga dengan situasi-situasi lain.Anda perlu mula belajar mengenai etika ataupun kod berpakaian.


DAHULU : Hidup bergantung.Semua perlu minta izin dengan orang yang lebih tua.Apabila hendak ke mana-mana,perlu ikut ibu bapa.Kita pun selesa dengan keadaan sebegitu kerana inginkan penjagaan dan keselamatan.


SEKARANG : Hidup lebih berdikari.Meminta izin masih perlu dikekalkan kerana kita masih di bawah tanggungan penjaga.Perlu mula belajar bergerak sendiri.Tetapi sesekali perlu luangkan masa juga bersam keluarga.Kita juga perlu bijak menjaga keselamatan diri.Barulah kita diiktiraf dan dipercayai ibu bapa sebagai remaja yang 'sudah pandai jaga diri'.


DAHULU : Dosa orang lain tanggung.Masih belum 'akil baligh'.Tingkah laku kita dibentuk oleh ibu bapa.Sekiranya kita tersalah tindakan,orang menuding ibu bapa dan mengatakan kita diajar sebegitu.


SEKARANG : Dosa tanggung sendiri.Sudah berakal bagi membuat pertimbangan.Kita sudah dapat membezakan antara baik dengan yang buruk.Ungkapan 'bukan salah ibu mengandung' sudah tidak boleh digunakan kepada diri kita.Ibu bapa tidak lagi dianggap sebagai punca apabila kita melakukan kesalahan.Apabila kita tersalah tindakan,orang menuding terus kepada diri kita sendiri dan kesalahan itu adalah tanggungjawab kita. 



No comments:

Post a Comment

Jari-jari ComeL